Sebagai usahawan dan pembangun perniagaan di Malaysia, kita perlu mengambil tahu kepentingan Cap Dagangan perniagaan kita. Ada beberapa bentuk Cap Dagangan yang perlu diketahui oleh pemilik perniagaan.
Sebelum itu, perlu difahami dahulu apakah maksud Cap Dagangan menurut Akta Cap Dagangan 2019.
Maksud dan Bentuk Cap Dagangan
Cap Dagangan adalah apa-apa ‘tanda perniagaan’ yang membezakan satu perniagaan dengan perniagaan yang lain.
Secara mudahnya, setiap perniagaan mestilah mempunyai Cap Dagangan yang khusus bagi membezakan perniagaan kita dengan orang lain.
Terdapat tiga bentuk Cap Dagangan yang perlu diketahui iaitu;
- Tanda
- Perakuan
- Kolektif
Tanda
Tanda perniagaan termasuklah huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, label, bentuk barang atau bungkusan, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungan.
Di Malaysia Cap Dagangan yang berbentuk tanda ini banyak digunakan oleh pemilik perniagaan. Antara yang selalu digunakan adalah seperti tanda huruf, perkataan, nama, logo, gambar, slogan dan jenama.
Sebagai contoh JAKEL, ARIANI, MYDIN dan lain-lainnya amat dikenali dengan Cap Dagangan berbentuk nama yang mereka ketengahkan.
Ada juga perniagaan yang menggunakan huruf dan gambar sebagai tanda perniagaan mereka.
Cap Perakuan
Cap Perakuan adalah suatu tanda yang membezakan barangan atau perkhidmatan dengan tanda tersebut diperaku oleh tuan punya cap perakuan berkenaan dengan tempat asal, bahan, cara pengilangan barangan atau pelaksanaan perkhidmatan, kualiti, ketepatan atau ciri-ciri lain.
Cap perakuan ini biasanya hanya diberikan kepada ‘Certified Body’ dan ‘Draf Rules’ sahaja.
Contoh yang paling mudah untuk difahami adalah tanda HALAL.
Tanda HALAL ini hanya diperakukan oleh badan yang diiktiraf oleh kerajaan sahaja dan Cap Dagangan ini dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Untuk menggunakan tanda HALAL pula, suatu perniagaan mestilah menghantar permohonan untuk mendapatkan status halal bagi produk atau barangan keluaran mereka kepada JAKIM
Kolektif
Cap Kolektif adalah suatu tanda khas yang digunakan untuk menunjukkan asal-usul, kualiti, atau ciri-ciri tertentu yang berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh anggota persatuan tertentu.
Persatuan yang memiliki cap kolektif ini biasanya merupakan badan yang diiktiraf secara antarabangsa dan menawarkan perkhidmatan atau produk berkualiti tinggi dalam industri mereka.
Tujuan utama cap kolektif adalah untuk membezakan barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh anggota persatuan daripada perusahaan yang lain, dan juga untuk menunjukkan komitmen anggota persatuan terhadap standard atau prinsip yang ditetapkan oleh persatuan tersebut.
Sebagai contoh, badan perakaunan American Institute of Certified Public Accountants (AICPA) adalah sebuah persatuan profesional yang diiktiraf di seluruh dunia.
AICPA merupakan sebuah badan yang mengeluarkan cap kolektif yang menunjukkan bahawa perkhidmatan perakaunan yang ditawarkan oleh anggota persatuan ini adalah bertaraf tinggi dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh AICPA.
Cap kolektif ini membantu perakaunan yang merupakan anggota AICPA untuk menonjolkan keahlian mereka dalam bidang perakaunan dan komitmen mereka terhadap integriti dan etika profesional.
Pendaftaran Cap Dagangan
Sebagai usahawan dan pemilik perniagaan, bentuk Cap Dagangan yang boleh digunakan adalah yang berbentuk ‘tanda’.
Bila kita mempunyai Cap Dagangan perniagaan, ianya bukan sahaja mewakili nama perniagaan, barangan atau perkhidmatan yang diberikan, malah perniagaan kita juga boleh dilindungi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bagi memastikan Cap Dagangan perniagaan dilindungi, cap tersebut mestilah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek (MyIPO).
Selain untuk perlindungan, dengan pendaftaran Cap Dagangan juga kita boleh mendapat hak eksklusif dan sebagai bahan bukti undang-undang sekiranya terdapat sebarang tuntutan kes.
Cara Pendaftaran Cap Dagangan
Terdapat 3 Cara untuk membuat pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia
- Permohonan secara manual di MyIPO
- Permohonan secara atas talian di laman web MyIPO
- Permohonan dengan menggunakan khidmat ejen MyIPO
Sebagai ejen berdaftar MyIPO, pihak kami juga menyediakan servis untuk pendaftaran Cap Dagangan beserta khidmat rundingan untuk memastikan permohonan tidak ditolak dan mendapat kelulusan.
Antara kelebihan menggunakan perkhidmatan kami adalah;
- Kami ejen MyIPO yang sah
- Menjimatkan masa dan tenaga pemohon (Kami uruskan permohonan dari awal hingga mendapat kelulusan)
- Mendapat khidmat konsultansi daripada pihak kami (Kami pastikan Cap Dagangan memenuhi keboleh daftaran sebelum permohonan)
- Kami berpengalaman menguruskan beribu permohonan Cap Dagangan
- Pegawai kami amat berpengalaman dan merupakan mantan pegawai pemeriksa MyIPO
Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan pendaftaran Cap Dagangan menggunakan servis kami boleh hubungi kami atau WhatsApp kami.