Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Memulakan Perniagaan yang Menguntungkan Secara Atas Talian

Share Post:

perniagaan yang menguntungkan

Semasa pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai yang telah kehilangan kerja dan hilang punca pendapatan. Ada yang terpaksa mulakan perniagaan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Memulakan Perniagaan yang Menguntungkan Secara Atas Talian

Antara jenis perniagaan yang menjadi pilihan semasa pandemik adalah perniagaan secara atas talian (Online). Kekangan pergerakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan  perniagaan online ini semakin popular di Malaysia. 

Sehingga kini, perniagaan secara online menjadi pilihan ramai individu untuk memulakan perniagaan. Sebelum itu, anda perlu tentukan Nama Perniagaan yang Sesuai Untuk Bisnes Online.

Ini adalah kerana terdapat banyak kelebihan untuk kita mulakan perniagaan yang menguntungkan atas talian . Antaranya adalah;

  • Tidak memerlukan kos yang besar
  • Tidak memerlukan kedai fizikal
  • Menjimatkan masa
  • Kurang risiko
  • Peluang ke pasaran global

Namun, adakah semua jenis perniagaan sesuai dijalankan secara online? 

Apakah jenis perniagaan yang menguntungkan dan sesuai dijalankan secara online?

Berikut kami kongsikan 3 jenis perniagaan yang menguntungkan dan sesuai dijalankan secara online.

1. Makanan dan Minuman

perniagaan yang menguntungkan

Dahulunya kita sering membayangkan untuk memulakan perniagaan makanan mestilah membuka restoran, kedai ataupun gerai. 

Namun, tanpa kedai kita masih boleh memulakan perniagaan makanan dan minuman dengan menggunakan tempat dan peralatan yang sedia ada seperti di rumah kita sendiri.

Ramai usahawan makanan dan minuman yang berjaya hanya mula menjual nasi lemak, nasi beriani, roti, burger dan lain-lain yang di masak sendiri di rumah.

Yang menariknya, peniaga boleh memasarkan produk makanan di platform online dan menjana pendapatan tanpa perlu membuka kedai secara fizikal.

Peniaga hanya perlu daftar dan mengemaskini maklumat serta gambar di platform tersebut. 

Terdapat beberapa caj yang dikenakan kepada peniaga, namun ianya lebih murah jika dibandingkan dengan menyewa kedai atau tempat berniaga.

Antara platform online yang menjadi pilihan peniaga produk makanan di Malaysia adalah seperti berikut;

  1. Grab Food
  2. Food Panda
  3. Shopee Food
  4. Dah Makan
  5. Honest Bee

Bagi yang berminat, boleh mengunjungi laman web platform penghantaran makanan tersebut dan berdaftar sebagai peniaga untuk perniagaan yang menguntungkan atas talian.

2. Pakaian

perniagaan yang menguntungkan

Perniagaan pakaian juga boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan secara atas talian.

Antara produk yang selalu menjadi pilihan peniaga untuk adalah tudung, baju kurung, baju kanak-kanak, baju melayu dan lain-lain.

Pasaran pakaian secara online kini telah menjadi pilihan ramai orang kerana tidak perlu lagi ke kedai untuk membeli terutamanya jika lokasi kedai yang jauh.

Seperti makanan, produk pakaian juga boleh terus dijual di platform online yang sedia ada di Malaysia seperti Shopee, Lazada dan TikTok.

Peniaga perlu mendaftar sebagai penjual di platforform tersebut dan memuat naik gambar serta butiran produk pakaian.

Selain gambar, butiran lain seperti ukuran, warna dan size boleh disediakan secara terperinci bagi membolehkan pembeli membuat pilihan yang tepat tanpa perlu melihatya secara fizikal.

3. Dropship atau Affiliate

perniagaan yang menguntungkan

Bagi yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai produk sendiri dan tidak mempunyai kemahiran untuk memasak dan sebagainya, boleh mula dengan menjual produk orang lain dahulu.

Berniaga secara dropship atau affiliate adalah pilihan yang baik kerana peniaga tidak memerlukan modal untuk membeli atau mengeluarkan produk sendiri.

Peniaga perlu mempromosikan produk tersebut dan jika ada pembelian, urusan pengeposan akan dilakukan oleh pihak pemilik atau syarikat berkenaan.

Walau bagaimanapun, peniaga perlu membuat penilaian dan pemilihan ke atas produk yang baik dan syarikat mempunyai latar belakang yang bagus dan boleh dipercayai untuk elak daripada ditipu.

Platform marketplace seperti Shopee, Lazada dan Tiktok kini menyediakan peluang untuk ramai orang untuk menjana perniagaan menerusi sistem affiliate.

Sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai affiliate dan berpeluang untuk mendapat keuntungan tanpa sebarang modal untuk membeli barang jualan.

Perniagaan yang menguntungkan melalui online ini tidak memerlukan modal yang besar kerana tidak perlu menyewa tempat dan membeli stok produk jualan. 

Namun, aktivti pemasaran di platform online seperti Facebook, Instagram dan Tiktok perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan jualan.

Apa pun jenis perniagaan yang dijalankan, kami amat mengesyorkan nama atau jenama perniagaan yang digunakan mestilah sesuai, unik dan mempunyai ciri-ciri keboleh daftaran cap dagangan atau trademark.

Ini adalah untuk memastikan jenama yang kita bina boleh didaftarkan serta dilindungi oleh akta perlindungan harta intelek.

nama-yang-sesuai-untuk-bisnes-online

Sebagai ejen pendaftaran Cap Dagangan MyIPO yang sah, kami di One IP Global sedia membantu usahawan untuk melindungi Cap Dagangan perniagaan. 

Perniagaan yang menguntungkan bukan sahaja mendapat hasil daripada jualan barangan dan perkhidmatan yang tinggi, malah Cap Dagangan yang berdaftar akan turut mengalami peningkatan dari segi nilai jenama yang dibangunkan. Anda boleh hubungi kami atau WhatsApp kami untuk sebarang konsultasi.

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

Bentuk Cap Dagangan

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..