Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Ketahui 4 Jenis Perniagaan Sebelum Bermula

Share Post:

jenis perniagaan

Semakin ramai rakyat yang memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri berbanding bekerja makan gaji di Malaysia. Sebelum memulakan suatu perniagaan, sebaiknya kita perlu kenali jenis jenis perniagaan yang terdapat di Malaysia.

Maksud Perniagaan

jenis perniagaan

Satu perniagaan sama ada syarikat, perusahaan atau firma adalah sebuah organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan, atau kedua duanya kepada pelanggan, perniagaan atau pihak kerajaan.

Ini bermaksud, apa pun jenis perniagaan yang dijalankan perlu didaftarkan untuk menjadikannya sah dan diiktiraf oleh undang-undang.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Di Malaysia, kita perlu mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Antara peranan SSM adalah seperti berikut;

  • SSM merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
  • SSM adalah sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. 
  • SSM juga mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara
 

Sebagai pemilik perniagaan, kita mestilah menentukan jenis entiti perniagaan yang ingin dibina dan mengikut peraturan dan undang-undang perniagaan sebelum memulakan perniagaan yang diingini.

Pemilihan jenis perniagaan yang sesuai akan membantu kejayaan dan perkembangan sebuah perniagaan. Anda juga boleh daftar SSM Online dari rumah sahaja.

Apakah Jenis Perniagaan Yang Ingin Dijalankan?

Untuk mengenalpasti jenis perniagaan yang ingin dimulakan kita perlu mengenal pasti beberapa perkara seperti berikut;

  • Adalah perniagaan tersebut milik kita sepenuhnya?
  • Adalah kita mempunyai rakan kongsi?
  • Adakan rakan kongsi tersebut boleh bersama-sama untuk menanggung segala aset dan liabiliti syarikat?

Sesudah jelas dengan perkara tersebut, maka ianya akan memudahkan dalam penentuan perniagaan yang bakal didaftarkan di SSM.

Apakah pula jenis perniagaan yang boleh didaftarkan di SSM?

jenis perniagaan

Terdapat beberapa perniagaan yang kita boleh daftarkan di SSM mengikut keperluan perniagaan yang kita jalankan.

  • Pemilikan Tunggal
  • Rakan Kongsi
  • Syarikat Sendirian Berhad
  • Perkongsian Liabiliti Terhad

1. Pemilikan Tunggal

Jenis perniagaan pemilikan tunggal ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik atau individu sahaja. Ianya boleh menggunakan nama peribadi atau nama perdagangan untuk tujuan pendaftaran SSM.

Pemilikan tunggal sesuai untuk perniagaan mikro dan kecil seperti kedai runcit, salon rambut, tukang jahit dan sebagainya.

Jenis perniagaan ini adalah yang paling mudah dan murah sebagai permulaan. 

Pemilikan jenis pemilikan tunggal ini tidak boleh ditukar ganti. Perniagaan akan berakhir setelah pemilik ingin bersara atau meninggal dunia.

Setelah perniagaan berkembang, maka bolehlah bertukar kepada perniagaan lain seperti sendirian berhad.

2. Rakan Kongsi

Perniagaan jenis rakan kongsi adalah seperti pemilikan tunggal melainkan ia mempunyai lebih daripada seorang pemilik. 

Ianya sesuai firma professional yang tidak memerlukan modal yang besar seperti firma perakaunan, guaman dan sebagainya.

Sama seperti pemilikan tunggal, perniagaan akan berakhir setelah pemilik ingin bersara atau meninggal dunia.

3. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Perniagaan ini selalunya menjadi pilihan oleh perusahaan kecil dan sederhana terutamanya dalam segmen pelanggan yang lebih cenderung untuk berurus niaga dengan syarikat sdn bhd.

Ini adalah disebabkan oleh faktor kredibiliti dalam menunaikan tanggung jawab dalam perniagaan yang dijalankan.

Syarikat Sdn Bhd juga lebih mudah dan berpeluang untuk mendapatkan dana dan pembiayaan kerana syarikat mempunyai kredibiliti, stabil dan mempunyai kesinambungan dalam perniagaan.

Ini adalah kerana syarikat akan kekal wujud setelah pemilik asal meninggal dunia.

4. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Perkongsian Liabiliti Terhad adalah jenis perniagaan yang menggabungkan syarikat sendirian berhad dan rakan kongsi.

Ianya sesuai untuk peniaga yang baru bermula secara kecil-kecilan dalam bidang perkhidmatan professional.

Syarikat juga akan kekal wujud setelah pemilik asal meniggal dunia.

Walaupun jenis perniagaan PLT kurang keperluan pematuhan dan lebih mampu dimiliki, ianya tidak lagi sesuai apabila perniagaan berkembang dan memerlukan pertambahan pemilik saham.

jenis perniagaan

Cadangan kami apa pun jenis perniagaan yang dipilih, kita perlu memahami terlebih dahulu keperluan dan hala tuju perniagaan yang ingin dibina agar pemilihan dapat dibuat dengan tepat dan mengurangkan risiko dalam perniagaan yang dijalankan.

  • Bagi yang ingin memulakan perniagaan secara berseorang dan kecil-kecilan, boleh memilih jenis perniagaan pemilikan tunggal.
  • Bagi yang ingin memulakan perniagaan secara rakan kongsi dan kecil-kecilan, boleh memilih jenis perniagaan pemilikan rakan kongsi atau PLT.
  • Bagi yang ingin memulakan perniagaan secara rakan kongsi dan modal yang besar, boleh memilih jenis perniagaan sendirian berhad.

Bagi yang memilih jenis perniagaan tunggal dan rakan kongsi, boleh bertukar kepada jenis perniagaan sdn bhd setelah perniagaan berkembang.

Kami berharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat mengenai jenis perniagaan yang hendak dijalankan agar segala perancangan menjadi lebih lancar dan perniagaan akan terus berkembang dan berjaya. 

Jika tuan-tuan dan puan-puan ingin daftarkan trademark (cap dagang, paten, hak cipta, reka bentuk industri) untuk perniagaan anda bagi mengelakkan kes kecurian harta intelek dan idea, boleh hubungi kami atau WhatsApp kami untuk konsultasi. 

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

Bentuk Cap Dagangan

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..