Pindaan Akta Cap Dagangan 2019
Akta Cap Dagangan 1976 diluluskan oleh parlimen pada tahun 1976, ia adalah berasaskan United Kingdom Trade Marks Act 1938. Ia mengandungi 11 bahagian dan 103 seksyen. Teks Bahasa Malaysia adalah naskah sahih. Ia menggantikan ordinan Cap Dagangan 1950, Ordinan Cap Dagangan Sabah & Ordinan Cap Dagangan Sarawak. Akta ini dikuatkuasakan pada 1 september 1983 di seluruh Malaysia. Pindaan berikutnya dilakukan pada 1994, 2000 & 2002.
Akta Cap Dagangan 2019 mempunyai 19 Bahagian, 183 Seksyen Dan 2 Jadual. Ia dibentangkan Di Parlimen Pada Julai 2019 dan diluluskan Dewan Rakyat Pada 02 Julai 2019 serta diluluskan Dewan Negara Pada 23 Julai 2019. Akta Cap Dagangan 2019 diwartakan Pada 09 Disember 2019 dan dikuatkuasakan pada akhir 2019 melalui Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 2019. Teks Bahasa Inggeris adalah naskah sahih.
Akta Cap Dagangan 2019 yang diluluskan di Parlimen Julai lalu membolehkan negara menyertai Madrid Protokol bagi memudahkan usahawan tempatan membuat pendaftaran jenama produk mereka di 122 negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui penguatkuasaan akta bermula 27 Disember, usahawan hanya perlu melakukan satu permohonan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendaftar jenama mereka di negara yang menyertai Madrid Protokol itu. Sebelum ini usahawan kita perlu membuat pendaftaran jenama menerusi ejen di luar negara bagi memperluaskan skop perlindungan jenama, bagaimanapun dengan menyertai Madrid Protokol ia dapat dilakukan dengan pantas.
Kepantasan itu penting kerana akan membantu meningkatkan prestasi atau kedudukan negara dari segi kemudahan menjalankan perniagaan yang sangat diperlukan dalam dunia perniagaan moden dan mencabar pada masa kini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran persidangan International Trademark Association (INTA) 2019 Asia Brands In Changing Times.
122 negara yang menyertai Madrid Protokol yang membolehkan perniagaan Malaysia memfailkan perlindungan hak milik jenama atau Harta Intelek mereka adalah Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Brazil, Thailand, Singapura dan Indonesia.
Sementara itu, persidangan tersebut merupakan platform kepada negara untuk mempelajari amalan baik berkaitan isu Harta Intelek Perniagaan menerusi pembentangan daripada pembentang pelbagai negara.
Persidangan tersebut juga membolehkan kementerian dan MyIPO memahami isu masa depan seperti isu barang tiruan, penguatkuasaan dan inovasi. Isu inovasi ini penting kerana kajian INTA menunjukkan ia memberi sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan peluang pekerjaan dan perlu diberi tumpuan terus.
Antara Akta Cap Dagangan 2019 juga membolehkan Malaysia memenuhi kewajipannya di bawah Madrid Protokol berkenaan dengan Pendaftaran Antarabangsa bagi Cap, serta mendapatkan semua kelebihan dan faedah yang diberikan oleh Madrid Protokol.
Madrid Protokol merupakan sistem pendaftaran antarabangsa ditadbir Biro Antarabangsa (IB) Pertubuhan Harta Intelek Dunia (Wipo) yang akan memudahkan perniagaan tempatan berkembang ke luar negara.
Rasional pemansuhan Akta Cap Dagangan 1976 ialah negara-negara common law yang lain seperti Australia, New Zealand, India, Singapura, Brunei dan lain-lain turut memperkenalkan akta Cap Dagangan yang baharu. Lanskap perlindungan Cap Dagangan global yang berasaskan Konvensyen Paris telah berubah dengan kewujudan triti-triti di peringkat antarabangsa seperti TRIPs, MADRID PROTOCOL – FTA, TPPA / CPPTA – (TRIPs Plus).
Akta Cap Dagangan 1976 agak ketinggalan dan tidak selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa berkaitan perlindungan Cap Dagangan serta terdapat lakuna dan kekurangan. Peruntukan juga tidak selaras dengan perkembangan dan keperluan komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa.
Bawah Seksyen 2 Akta Cap Dagangan 2019, skop perlindungan Cap Dagangan diperluaskan meliputi Cap Dagangan tradisional seperti logo, jenama, tiket, label, nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka atau kombinasi. Ia juga diperluas kepada Cap Dagangan bukan tradisional seperti tanda-tanda visible bentuk or balutan (3d marks), warna, position marks, hologram, motion marks serta tanda-tanda tidak visible bunyi, bau dan penyataan secara grafik.
Selain itu, prosedur permohonan Cap Dagangan juga ditambahbaik. Permohonan berbilang kelas (multiple class application) boleh dilakukan dalam satu permohonan yang mengandungi beberapa kelas (fi permohonan mengikut kelas). Pemohon juga boleh tentukan senarai mengikut kelas yang betul. Pemohon boleh memohon untuk menghadkan kepada warna tertentu dan permohonan tanpa had warna untuk perlindungan semua kelas. Disamping itu, apa – apa karakter selain huruf roman boleh dilakukan melalui transliterasi (bunyi sebutan asal); manakala apa-apa bahasa selain BM/BI adalah melalui translasi(terjemahan).
Ia boleh diinyatakan dalam borang permohonan, tidak perlu untuk certified translator. Akuan berkanun (statutory declaration) bagi pemilik bona fide adalah tidak diperlukan, hanya deklarasi memberi maklumat yang betul dalam borang permohonan. Seterusnya, pemohon boleh dari awal mencadangkan disclaimer dikenakan ke atas permohonan Cap Dagangan yang mengandungi perkataan / tanda yang tidak distinktif atau tidak boleh didaftar – tertakluk kepada keputusan pihak pendaftar. Peruntukan juga disediakan untuk pemohon menarik diri daripada meneruskan permohonan.
Bagi pendaftaran tanpa sijil(pilihan), hanya notifikasi pendaftaran dikeluarkan, pemohon tidak perlu menyimpan sijil asal. Tambahan pula, Divisional boleh dilakukan untuk permohonan berbilang kelas yang menghadapi bantahan. Kelas yang tiada bantahan boleh teruskan dengan proses pendaftaran manakala kelas yang dibantah boleh membuat rayuan. Permohonan berbilang kelas yang telah di pecahkan boleh digabung semula selepas bantahan berjaya diatasi (didaftar).
Akta Cap Dagangan 2019 juga memperincikan tanda/elemen yang tidak boleh didaftarkan sama ada berdasarkan alasan mutlak atau/dan alasan relatif di bawah s23 dan s24, Akta Cap Dagangan 2019. Akta Cap Dagangan 2019 memperkenalkan intellectual property (ip) official journal seperti in-house publication untuk pemakluman cap – cap yang diluluskan melalui jurnal rasmi Harta Intelek menggantikan warta kerajaan bagi penjimatan kos (RM650,000.00 setahun).
Peruntukan mengenai Cap Dagangan kolektif (collective marks) diperkenalkan bagi memenuhi obligasi antarabangsa bawah Konvensyen Paris. Peruntukan perlindungan Petunjuk Geografi dimasukkan ke dalam akta Cap Dagangan melalui: Petunjuk Geografi sebagai Cap Dagangan kolektif (collective marks) dalam jadual pertama serta Petunjuk Geografi sebagai Cap Dagangan perakuan (certification marks) dalam jadual kedua.
Akta Cap Dagangan 2019 memperkenalkan peruntukan berkaitan licensing dan memperkenalkan istilah trademark. Pendaftaran pelesenan menggantikan pendaftaran pengguna berdaftar. Selain itu, perkataan trademark menggantikan penggunaan trade mark.
Seksyen 160 memperuntukkan pendaftar boleh membuat garis panduan dan arahan pendaftar yang mempunyai kuatkuasa undang-undang. Akta Cap Dagangan 2019 ini juga memperkenalkan peruntukan berkaitan sistem pendaftaran madrid seperti enabling provision selaras dengan penyertaan Madrid Protokol, mekanisma, prosedur dan saluran pemfailan Cap Dagangan antarabangsa, permohonan keluar (outbound) dan permohonan baru.
Prosedur permohonan Cap Dagangan di bawah Madrid Protocol.
Sistem madrid adalah sistem pendaftaran Cap Dagangan antarabangsa / global yang membolehkan pemilik Cap Dagangan mendapat perlindungan dibeberapa negara (multiple countries) melalui permohonan antarabangsa tunggal(single application). Sistem Madrid adalah mekanisma pemfailan secara centralised iaitu one-stop centre yang membolehkan pemilik Cap Dagangan mendapatkan dan mengekalkan perlindungan ke atas Cap Dagangan mereka dipasaran eksport.
Sistem ini hanya melibatkan prosedur sahaja dimana perundangan tempatan yang menetapkan syarat perlindungan dan menentukan hak-hak perlindungan yang diperolehi melalui kedaulatan & territorial. Ia suatu sistem pendaftaran Cap Dagangan antarabangsa di bawah pentadbiran WIPO. Sistem madrid ditadbir berdasarkan dua triti: Madrid Agreement 1891 dan Madrid Protokol 1989.
Kelayakan untuk memohon di bawah Madrid Sistem ialah pemohon mesti mempunyai hubungan dengan satu daripada ahlinya, di mana pemohon perlu berhubungan melalui kewarganegaraan, domisil dan tempat perniagaan. Pemohon mesti mempunyai basic mark untuk membuat permohonan antarabangsa di office of origin. Permohonan antarabangsa dilakukan melalui office of origin mestilah dalam satu Bahasa dan ia perlu dibayar dalam mata wang Swiss Francs.
Pendaftaran antarabangsa adalah bergantung pada permohonan am / pendaftaran dalam 5 tahun pertama. Terdapat kemungkinan penolakan oleh negara-negara kontrak yang ditugaskan di bawah had masa iaitu 18 bulan. Bawah Sistem Madrid terdapat kemungkinan utuk mendaftarkan Cap Dagangan yang seterusnya, catatan tentang perubahan akan dilakukan dalam satu operasi. WIPO akan memeriksa pendaftaran Cap Dagangan yang ditambah/seterusnya. Jika ia mematuhi segala syarat maka WIPO akan menerbitkannya.
Madrid Protokol ni masih baru bagi usahawan dan akan berlaku banyak kesilapan yang dilakukan semasa pendaftaran. Untuk memudahkan usahawan dalam pendaftaran di dalam Malaysia atau melalui Madrid Protokol, kami di One IP sedia membantu usahawan. Jika memerlukan khidma60122242728t kami boleh hubungi kami melalui WhatsApp ataupun emelkan kami.