Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Ketahui Trademark di Malaysia

Share Post:

trademark di malaysia

Trademark bermaksud tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, lable, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya yang membezakan antara satu produk dengan produk yang yang lain. Setiap francais Malaysia juga tertakluk pada trademark jenama itu sendiri.

 

Apa itu Trademark di Malaysia?

Trademark di Malaysia menggunapakai akta yang terbaru iaitu Akta Cap Dagangan 2019. Di dalam akta yang baru ini ada beberapa pindaan yang melibatkan salah satunya adalah pendaftaran luar negara secara Madrid Protocol dimana pemilik jenama boleh mendaftarkan jenama mereka diluar negara hanya melalu pendaftaran di Myipo.

Pendaftaran trademark di Malaysia hanya secara territorial dimana jenama tersebut hanya dilindungi di Malaysia sahaja dan tempoh perlindungan untuk satu-satu jenama adalah setiap 10 tahun sekali. Ini bermakna apabila hampir 10 tahun pemilik trademark tersebut perlulah memperbaharui jenama tersebut untuk jangkamasa 10 tahun lagi. Sekiranya pemilik jenama tersebut terlupa untuk  membuat pembaharuan, Myipo hanya mambiarkan ianya lewat sehingga setahun sahaja. Selepas setahun jenama tersebut akan diremoved atau dikeluarkan daripada sistem Myipo. Apabila jenama telah bertukar status kepada removed, maka pemilik jenama tersebut perlulah membuat pendaftaran baru.

Sebelum membuat pendaftaran baru, kita perlu memulakan langkah awal semula iaitu dengan membuat carian untuk melihat samada ada ke tidak orang daftar jenama yang sama dengan kita. Kalau kata sudah ada didaftarkan maka melepaslah kita walaupun sudah lama kita menggunakan jenama tersebut. Sebab itulah kita sangat-sangat kene peka dengan tempoh 10 tahun yang diberikan untuk membuat pembaharuan kerana tiada maaf bagimu jika sudah terlepas tarikh pembaharuan jenama kita.

Sekiranya carian yang dibuat menunjukkan tiada lagi orang daftarkan, maka bolehlah kita daftarkan dengan mengisi borang TMA2A. Dapatkan ebook panduan mengisi borang jika ingin isi maklumat tanpa pening kepala. Boleh klik link ni untuk dapatkan ebook cara-cara nak isi borang pendaftaran trademark di Malaysia. Setelah permohonan dibuat, tunggulah keputusan samada diluluskan atau ditolak lebih kurang setahun.

Akta Cap Dagangan 2019

Penggunaan trademark di Malaysia sangatlah banyak. Boleh dikatakan macam cendawan yang tumbuh. Bilaman tertubuhnya syarikat enterprise ataupun syarikat sdn bhd maka akan muncullah jenama-jenama yang baru walaupun pada hakikatnya ada sesetengah pemilik perniagaan tidak menggunakan jenama yang sama dengan syarikat mereka. Sayangnya jenama –jenama yang dibuat ada yang boleh didaftarkan dan ada yang tidak boleh didaftarkan. Mereka tidak mengambil berat akan jenama yang mereka buat walhal jenamalah yang akan menentukan kemasyhuran perniagaan mereka.

Mungkin mereka bertanya ada apa dengan nama? Jawapan kepada soalan ini adalah nama itulah akan menaikkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat dunia. Kenapa saya berkata demikian? Cuba kita lihat jenama-jenama besar dunia contohnya Adidas, Nike, Dunhill, Ferrari, Zara, Mc Donalds dan banyak lagi. Jenama-jenama tersebut telahpun dilindungi dan tiada siapa yang boleh meniru walaupun seakan-akan dengan jenama tersebut kerana ia telahpun digolongkan dalam well-known trademark. Kalau kita tengok nilai kepada jenama – jenama tersebut bukan sedikit malah beratus-ratus dan berpuluh-puluh billion USD.

Trademark di Malaysia yang telah didaftarkan bukan sahaja akan menjadi milik sah pemilik perniagaan malah ianya boleh dijual, disewakan atau dipajakkan kepada sesiapa sahaja yang kita hendakkan dengan mengadakan perjanjian bertulis agar tidak berlaku pertelingkahan dikemudian hari. Selalunya pemilik perniagaan terlupa untuk membuat sebarang perjanjian secara bertulis kerana mereka mengamalkan dasar percayakan kawan dan juga percayakan saudara-mara padahal lama-kelamaan kepercayaan itu bertukar kepada pergaduhan.

Disebabkan itulah, sebelum memilih nama yang sesuai, pemilik perniagaan perlu ada ilmu bagaimana untuk dapatkan jenama yang betul-betul boleh didaftarkan dan mendapat sijil. Kami di One IP juga ada menyediakan sesi brainstorming kepada pemilik perniagaan yang tidak tahu macammana nak dapatkan jenama yang sesuai untuk digunakan dalam perniagaan mereka. Sesi brainstorming ini kami jalankan secara berpasangan sekurang-kurang empat orang dimana dua orang daripada pihak kami dan duan orang daripada pihak pemilik perniagaan yang akan mengambil masa lebih kurang tiga jam secara bersemuka untuk memerah otak mendapatkan jenama yang dipersetujui dan boleh didaftarkan. Caranya sangat mudah dan jika berminat anda boleh dapatkan nasihat dengan hubungi kami sekarang.

Stay Connected

More Updates

daftar ssm online

Perniagaan Yang Boleh Daftar SSM Online

Artikel ini berkaitan daftar SSM online dan menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang

francais malaysia

Apa itu Francais Malaysia?

Satu perkataan yang sangat sedap disebut oleh semua orang tak kira muda atau tua. Persoalannya sekarang anda tahu ke apa itu peluang perniagaan francais Malaysia?

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..