Artikel kami kali ini akan menerangkan tentang contoh visi misi dan objektif perniagaan yang digunakan oleh syarikat Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali dengan nama Petronas.
Visi Misi dan Objektif Perniagaan Syarikat Petronas
Syarikat Petrolium Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas ialah sebuah syarikat minyak dan gas Multinasional Malaysia. Petronas ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 dan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Syarikat ini telah mendapat hak sepenuhnya terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan dipertanggungjawabkan untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.
Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke -80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan petronas sebagai sebuah syarikat perbadanan yang ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.
Objektif Perniagaan
Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, Petronas telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iatu Partamina,
Visi dan Misi Perniagaan
Visi dan misi perniagaan Petronas adalah untuk menjadi pembekal minyak yang terkemuka di seluruh Negara bukan sahaja terkemuka di dalam Negara Malaysia, malahan di peringkat Antarabangsa
Manakala misi syarikat pulak adalah untuk menjadi pembekal minyak yang bersih, paling selamat, dan kos yang efektif bagi seluruh masyarakat. Petronas juga adalah sebuah entiti perniagaan. Tanggungjawab utama kami adalah untuk membangunkan dan menambahkan nilai kepada sumber kepada Negara ini.
Misi syarikat ini juga ingin menjadi daya penggerak kepada pembangunan Negara iaitu dari segi ekonomi. Visi misi dan objektif perniagaan Syarikat ini adalah untuk menjadi sebuah perniagaan yang dapat memberi keuntungan dan pendapatan kepada Negara. Selain itu, syarikat ini juga ingin menjadi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan, jualan yang paling terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.
Contoh Objektif Perniagaan
Visi misi dan objektif Perniagaan Petronas adalah lebih kepada menyumbang kesejahteraan rakyat dan negara. Objektif syarikat ini sentiasa produktif, efektif dan inovatif didalam melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan oleh pelanggan-pelanggannya. Syarikat Petronas juga adalah sebuah syarikat yang menawarkan kualiti kerja yang memberangsangkan bagi mengikut kehendak pelanggan-pelanggan.
Disamping itu, syarikat ini juga menambahkan lagi pengalaman kerja yang lebih luas dalam bidang kerja mengikut peredaran zaman teknologi maklumat ini. Syarikat ini juga mengamalkan cara kerja berpasukan atau “team work‟ agar dapat mewujudkan persefahaman dan keharmonian bagi meningkatkan prestasi kerja yang lebih sempurna dikalangan pekerja di masa hadapan. Malah, syarikat ini juga sentiasa memastikan tahap profesionalisme, daya saing yang sihat serta kecekapan yang tinggi bagi menyahut cabaran kearah wawasan 2020.
Logo Petronas asal telah dibangunkan pada tahun 1974 apabila Petronas mula ditubuhkan. Struktur asas terdiri daripada ciri titisan minyak dan simbol “P” yang memberikan perniagaan terasnya dalam minyak dan gas, dan dinamisme syarikat itu. Di tengah-tengah penurunan minyak adalah bulatan yang kukuh yang melambangkan kitaran lengkap atau rantaian nilai industri minyak dan gas. Sementara itu, zamrud hijau kelaziman Petronas mewakili laut dan tanah di mana minyak dan gas berasal.
Keluk logo segar yang lembut telah ditambah kepada penurunan minyak yang menggambarkan aliran berterusan yang melambangkan pemacuan Petronas bagi kemajuan dan semangat mencabar dalam memenuhi permintaan tenaga dan jangkaan pihak-pihak berkepentingan. Nama Petronas telah disusun semula di bawah penurunan minyak dan fon yang telah diasah.
Contoh Visi Misi Dan Objektif Perniagaan
Pada tahun 2013, Petronas telah memperkenalkan versi segar logo korporatnya[41] pada Persidangan Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC 2013). Pembaharuan “Lihat dan rasa” telah digabungkan kepada logo titisan minyak Petronas untuk mencerminkan ungkapan visual Kedudukan Kumpulan Petronas, reimagining energy™.
Logo segar adalah sebahagian daripada latihan di seluruh kumpulan untuk mengukuhkan lagi potensi visual ikon korporat Petronas dengan menjadikan ia lebih kontemporari sambil membina ekuiti sedia ada dan legasi jenama Petronas.
Petronas telahpun mendaftarkan jenama mereka di Myipo lebih daripada 110 trademark dimana setiap trademark didaftarkan di bawah 45 klasifikasi dan ini menyebabkan tiada pihak ketiga yang boleh mendaftar jenama yang sama atau seakan-akan sama dengan mereka. Lagipun jenama Petronas telahpun dikategorikan sebagai jenama yang telah terkenal.