Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Penggunaan Tanda TM dan Penggunaan Tanda R

Share Post:

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on pinterest
Share on email
Penggunaan Tanda TM dan R

Seringkali anda akan tertannya-tanya dan keliru apabila anda melihat penggunaan tanda TM dan penggunaan tanda R pada logo setiap barangan ataupun perkhidmatan. Ini adalah kerana banyak produk atau perkhidmatan ada yang menggunakan TM dan ada yang guna R. Dan pada masa bilakah huruf ini akan digunakan.

Apabila berjumpa dengan klien, soalan yang selalu ditanya adalah macammana saya nak mengetahui cara penggunaan tanda TM dan R dan apabila saya submit permohonan apa yang saya boleh pakai dulu? Penting ker untuk saya meletakkan tanda tersebut? Kenapa ada sesetengah jenama yang besar tidak meletakkan jenama tersebut? Adakah saya akan disaman sekiranya saya menggunakan tanpa membuat apa-apa pendaftaran di Myipo? Apa kesan kepada logo saya jika saya letak ataupun saya tak letak tanda tersebut?

Pelbagai soalan yang bermain difikiran anda tentang cara penggunaan tanda TM dan penggunaan tanda R. Tapi selalunya saya akan bertanya dengan persoalan balik. Adakah anda sudah mendaftar jenama anda? Kalau belum, baik daftar dulu baru kita akan bincangkan berkenaan dua tanda tersebut.

Isu penggunaan tanda TM dan penggunaan tanda R ini adalah terpulang kepada anda samada nak pakai ataupun taknak pakai selepas anda membuat pendaftaran. Tapi kalau andapun belum mebuat apa-apa pendaftaran logo atau jenama anda, inilah yang akan membuatkan anda takut orang menggunakan jenama atau logo anda.

Kalau anda lihat jenama-jenama besar ada yang menggunakan  kedua-dua tanda TM dan R dan ada yang tidak menggunakan dua tanda ini. Mereka merupakan jenama yang sudah terkenal dan dikategorikan sebagai well-known trademark dimana jenama yang sudah terkenal ini dilindungi daripada digunakan oleh pihak lain. Macammana tu?

Sebagai contoh, antara nama-nama yang terkenal yang boleh saya senaraikan disini, Mc Donald, KFC, Petronas, Shell, Starbuck, Frozen, Adidas, Nike dan banyak lagi. Sekiranya kita nak menggunakan nama-nama ini, kita perlu mendapat kebenaran bertulis daripada mereka dan tidak boleh mendaftarkan jenama –jenama ini ke atas nama kita. Kita hanya boleh menggunakan nama-nama ini hanya sebagai pengguna berdaftar dibawah syarikat mereka sahaja tetapi bukan pemilik kepada jenama tersebut.

Apa akan jadi jika kita masih menggunakan nama mereka tanpa kebenaran mereka? Mereka boleh mengambil tindakan undang-undang dengan mengemukakan saman daripada mahkamah. Inilah sebabnya mengapa jenama yang sudah terkenal jarang menggunakan kedua-dua tanda tersebut.

PENGGUNAAN TANDA TM

Penggunaan tanda TM  ni adalah bersifat pilihan kerana secara praktikalnya ia boleh digunakan keatas logo atau jenama anda. Walaupun anda tidak mendaftar jenama atau logo anda. Tetapi jika anda telah mendaftar jenama anda, anda boleh meletakkan tanda ini dengan bangganya. Kenapa saya berkata demikian? Masyarakat diluar sana memandang penggunaan tanda TM ni adalah yang terpenting dimana nama atau logo itu tidak boleh ditiru lagi walhal TM ini hanyalah digunakan untuk mengaburi mata masyarakat dan jangan guna lagi nama itu. Penggunaan tanda TM ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil walaupun kita menggunakan tanpa kita mendaftar jenama kita. Tanda TM ini merupakan singkatan kepada ‘Trade Mark’.

PENGGUNAAN TANDA R

Berbeza dengan penggunaan tanda R. Tanda R ini hanya boleh digunakan oleh anda yang telah mendaftar jenama anda dan telahpun mendapat sijil. Sekiranya permohonan anda baru sahaja mendapat kelulusan atau surat setuju terima daripada myipo, anda belum lagi boleh meletakkan tanda R ini. Kenapa? Sebabnya adalah kerana tanda R ini ada tertulis dalam akta yang bahawasanya penggunaan R hanya boleh digunakan untuk pemohon yang telahpun mendapat sijil. Sekiranya kita masih menggunakan tanda r ini walaupun kita belum mendaftar lagi jenama kita, kita akan boleh dikenakan tindakan undang-undang dengan saman RM 500 dan dipenjarakan selama 2 bulan. Oleh itu, penggunaan tanda R ini anda perlu pastikan jenama anda didaftarkan terlebih dahulu dan  anda perlu mendapat sijil, barulah anda boleh meletakkan tanda ini disebelah kanan atas logo atau jenama anda.

Penggunaan tanda TM dan pengunaan tanda R ini sebenarnya akan memberi kesan kepada jenama ataupun logo anda kerana pada mata masyarakat, sekiranya kedua-dua tanda ini digunakan, mereka tidak boleh lagi menggunakan jenama tersebut dan ini membuatkan jenama anda terlindung daripada digunakan oleh orang lain.

Stay Connected

More Updates

cara daftar MYIPO online

3 kesilapan cara daftar MYIPO online sendiri

Trademark boleh didaftarkan oleh anda sendiri ataupun menggunakan khidmat agen. Tiada betul ataupun tiada salah dalam cara daftar MYIPO online samada daftar sendiri ataupun menggunakan

Idea Nama Brand

3 Cara Mendapatkan Idea Nama Brand

Nama sesuatu produk atau perkhidmatan yang kita nak gunakan dalam perniagaan adalah perkara yang sering dibincangkan. Ini adalah kerana jika kita tiada idea nama brand

Louis Vuitton

Louis Vuitton Malletier, yang biasanya dirujuk sebagai Louis Vuitton atau dipendekkan ke LV, adalah sebuah rumah fesyen Perancis dan syarikat runcit mewah yang diasaskan pada

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..

Open chat