Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

3 Cara Mendapatkan Idea Nama Brand

Share Post:

Idea Nama Brand

Idea nama brand sesuatu produk atau perkhidmatan yang kita nak gunakan dalam perniagaan adalah perkara yang sering dibincangkan. Ini adalah kerana jika kita tiada idea nama brand yang perlu dipilih, pastinya idea nama brand yang kita gunakan tidak boleh didaftarkan di Myipo kerana mungkin ia tidak menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh perundangan Myipo ataupun ianya telah pun digunakan oleh syarikat lain ataupun individu lain.

Akan tetapi, tidak banyak pemilik syarikat ataupun individu yang sedar akan perkara ini dan memilih nama mengikut ciitarasa sendiri. Apabila namanya sudah terkenal ataupun mendapat surat amaran daripada pihak yang ketiga, barulah anda sedar bahawasanya anda memilih nama untuk produk atau servis yang anda gunakan tanpa membuat carian atau merujuk terlebih dahulu tentang do and don’t tentang sesuatu nama.

Oleh yang demikian, anda boleh menggunakan artikel dan tips-tips ini sebagai rujukan untuk membantu anda dalam memilih idea nama brand yang sesuai dan boleh didaftarkan di Myipo.

 

Idea nama brand yang tidak merujuk kepada barangan ataupun perkhidmatan

Idea nama brand yang baik adalah nama yang tidak merujuk kepada barangan. Apa yang dimaksudkan dengan merujuk kepada barangan atau perkhidmatan? Contoh yang saya boleh berikan disini adalah sekiranya anda menjual baju, janganlah anda menggunakan perkataan “baju kurung”, “baju melayu”, “baju kelawar”, “baju tidur” dan apa sahaja yang berkaitan dengan baju.  

Idea Nama Brand
Contoh-Nama-Sesuai-Untuk-Perniagaan-Online

Contoh lain yang saya boleh berikan adalah sekiranya anda menjual makanan, anda janganlah letak perkataan atau nama makanan itu sendiri. Inilah yang dinamakan merujuk kepada barangan yang anda jual. Nama untuk trademark tidak boleh menunjukkan apa yang anda jual. Sebab itulah trademark ni subjektif.

Contoh-Nama-Sesuai-Untuk-Perniagaan-Online
Contoh-Nama-Sesuai-Untuk-Perniagaan-Online

Kalau anda tengok kepada jenama-jenama yang besar contohnya mc Donald ataupun kfc, tiada gambaran langsung dengan makanan yang mereka jual malah jika anda tidak tahu apa yang mereka jual anda akan tertanya-tanya dan anda ingin tahu apakah yang mereka jual. Dan itulah sebenarnya yang di namakan trademark.

Idea Nama Kedai – Nama yang menggunakan  nama sendiri

Pemilihan nama sendiri adalah langkah yang bijak kerana sudah pastinya nama anda akan berbeza dengan setiap orang. Walaupun begitu, kalau anda tengok dalam yellow pages berapa banyak nama yang sama dengan anda, cuma yang beza hanyalah nama ayah sahaja.

Disinilah akan berlaku konflik jika anda menggunakan nama anda tetapi nama anda sebenarnya sudahpun di gunakan oleh orang lain pada produk atau perkhidmatan yang sama dengan anda.

Sebab itulah sebelum membina logo atau menggunakan jenama yang telah anda pilih, terlebih dahulu anda membuat carian agar perkara seperti ini tidak berlaku dan memudahkan anda untuk membuat perancangan dalam memarketkan produk atau perkhidmatan anda.

Contoh-Nama-Sesuai-Untuk-Perniagaan-Online

Nama yang bukan perkataan yang biasa{common words}

Ini satu lagi dalam bab pemilihan nama untuk dijadikan sebagai trademark. Perkataan yang biasa ataupun common words ini sering sangat digunakan oleh anda sebagai pemilik jenama. Ini berlaku mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun untuk dapatkan melalui jalan mudah.Tak perlu fikirkan nama yang susah-susah, asalkan ada nama dan memang nak menunjukkan apa yang anda jual.

Inilah kesilapan paling besar yang anda lakukan tanpa anda sedar.Anda mungkin tidak bersedia untuk memilih nama yang betul-betul sesuai dengan perniagaan anda kerana sebab-sebab tertentu. Antara sebab yang saya boleh nyatakan disini adalah dari segi kos, masa dan kepakaran. Tiga perkara ini yang kadang-kadang membuatkan anda tak nak memilih jenama yang betul-betul boleh digunakan.

Cara Dapatkan Idea Nama Syarikat Menggunakan Website dan Contoh Nama Sesuai Untuk Perniagaan Online

Jika anda masih tidak dapat membayang nama-nama syarikat yang sesuai, anda boleh menggunakan website Business Name Generator untuk menghasilkan idea nama syarikat secara automatik. Anda hanya perlu masukkan kata kunci sahaja seperti Food. Hasilnya, ia akan memberi beberapa contoh nama sesuai untuk perniagaan online seperti FoodVerse, FoodZoid, Feedlia dan Foodaza. 

Demikian merupakan tips yang bermanfaat untuk anda sekiranya anda ingin mencari nama produk atau perkhidmatan untuk perniagaan anda. Jika anda gunakan kesemua tips yang saya telah nyatakan di atas, inshaAllah proses pemilihan nama anda akan menjadi lebih mudah. Sekiranya anda memerlukan bantuan dari pakar untuk pemilihan nama produk atau perkhidmatan syarikat anda, anda boleh mendapatkan khidmat pakar dari laman web ini: https://www.oneip.com.my/. Kami akan membantu anda dalam memulakan pencarian nama dengan mengadakan brainstorming nama yang akan memakan masa 3-4 jam. Anda bukan sahaja memiliki satu nama malah akan ada lebih daripada 30 nama yang terbina dari sesi brainstorming tersebut.

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

Bentuk Cap Dagangan

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..