Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

PEMILIK KAYU SELFIE HIROSHI UEDA

Share Post:

Jika anda benci dengan kayu selfie and boleh menyalahkan Hiroshi Ueda kerana mencipta alat yang memudahkan individu kera sumbang mengambil gambar narsis mereka.

Encik Hiroshi Ueda, seorang jurutera yang bekerja untuk syarikat kamera Minolta ialah individu pertama yang memfailkan paten tetongkat yang membolehkan seseorang individu mengambil gambar sendiri. Beliau mendapat idea mencipta kayu selfie pada sekitar 1980an ketika bercuti bersama keluarga di Eropah.

Idea Kayu Selfie

selfie

Ketika di The Lourve beliau ingin bergambar bersama ahli keluarga di dalam muzium ternama ini. Beliau meminta bantuan seorang kanak-kanak untuk mengambil gambar. Apabila beliau menoleh untuk bergambar, kanak-kanak tersebut telah melarikan diri bersama kamera milik beliau. Pada ketika itu beliau mula berfikir untuk mencipta alat memudahkan mengambil gambar secara berkumpulan.

Ya idea asal kayu selfie bukanlah untuk mengambil gambar bersendirian tetapi secara berkumpulan. Sekembalinya ke Jepun, Hiroshi mencipta tongkat yang boleh dilipat dengan pemegang kamera kompak di hujungnya. Pada hujung kamera turut diletakkan sebuah cermin bagi memudahkan pemegang mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar. Beliau memfailkan paten pada tahun 1983 dan ciptaan beliau diberi nama Extender Stick (kayu pemanjang).

Ciptaan beliau tidak mendapat sambutan kerana kualiti gambar yang kurang baik. Adalah sukar untuk mengambil gambar yang tepat hanya berpandukan cermin di hujung extender stick. Ketika diuji di makmal Minolta, maklum balas yang diterima ialah menggunakan extender stick adalah memalukan. Kenapa tidak minta sahaja pertolongan orang ramai mengambil gambar? Filem juga terasa seperti dibazirkan kerana gambar yang diambil kerap tidak memuaskan.

Paten yang difailkan oleh Hiroshi Ueda luput pada tahun 2003. Walaupun idea beliau kini popular Hiroshi Ueda tidak mendapat sesenpun royalti dari jualan kayu selfie sekarang. Sungguhpun begitu Hiroshi masih lagi menyimpan dan menggunakan kayu selfie ciptaan beliau.

Apa yang kita boleh belajar dari kisah Hiroshi Ueda? Kerap kali idea yang bijak tidak semestinya berjaya kerana belum sesuai dengan zaman. Contoh terbaik di Malaysia ialah kisah pencipta Zulkifli Haron yang diberi nama jolokan McGuyver Malaysia ketika dekad 80an. Beliau mencipta kereta yang hidup sendiri dengan menggunakan kawalan suara dan pengelap cermin yang berfungsi automatik ketika hujan. Kesemua ini sudah wujud sekarang dan patennya dipegang oleh syarikat automotif luar negara. Seperti Hiroshi Ueda beliau tidak mendapat royalti atas ciptaan beliau dan saya yakin nama beliau sendiri tidak dikenali oleh orang Malaysia.

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

Bentuk Cap Dagangan

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..