Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Apa itu Francais Malaysia?

Share Post:

francais malaysia

Satu perkataan yang sangat sedap disebut oleh semua orang tak kira muda atau tua. Persoalannya sekarang anda tahu ke apa itu peluang perniagaan francais Malaysia? Kepada yang sudah tahu teruskan sahaja ke tajuk seterusnya, tetapi kepada yang tidak tahu biar saya cuba huraikan terlebih dahulu serba sedikit tentang apa  yang dipanggil francais ini. Sekurang-kurangnya tidaklah terkial-kial nak jawab kalau ada yang bertanya nanti kan.

Menurut definisi, Francais bermaksud hubungan perniagaan berterusan diantara dua pihak iaitu Francaisor (Pemilik produk/servis) dan juga Francaise (Anda/Pelabur) di mana pihak Francaisor akan mengeluarkan lesen kebenaran kepada francaise untuk menjalankan perniagaan menggunakan produk ataupun jenama Francaisor. Pihak francaisor juga akan menawarkan bantuan dalam bentuk latihan, pentadbiran, pemasaran dan pengurusan dengan mengenakan kadar bayaran yang tertentu. Setiap perniagaan francais mempunyai trademark di Malaysia tersendiri.

Analogi Perniagaan Francais Malaysia

francais malaysia

Sebagai analoginya, andaikan Pak Mat (Francaisor) membuka sebuah restoran bernama Kedai Makan Pak Mat (Jenama) di kampung anda. Melihat kepada potensi yang ditunjukkan oleh jenama kedai Makan Pak Mat ini, anda (francaise) berasa yakin untuk membuka Kedai Makan Pak Mat di Kuala Lumpur. Walaupun begitu anda tidak boleh sembarangan membuka cawangan Kedai Makan Pak Mat kerana nanti tak pasal-pasal kena saman dengan Pak Mat.

Oleh itu, anda pun meminta kebenaran daripada Pak Mat untuk menggunakan jenama restoran beliau untuk membuka cawangan baru di Kuala Lumpur. Apabila Pak Mat bersetuju dan melantik anda sebagai Francais Malaysia beliau, maka anda akan diberi latihan tentang cara memasak mengikut spesifikasi Kedai Makan Pak Mat. Anda juga mungkin perlu membeli beberapa kelengkapan dan perlatan yang khas daripada Pak Mat. Melalui cara ini lah Pak Mat akan beroleh keuntungan daripada konsep franchaising ini.

Walau bagaimanapun, setiap perniagaan francais Malaysia mempunyai kaedah perkongsian keuntungan yang berbeza-beza. Ada yang mengenakan royalti, cas pengiklanan, komisyen jualan dan sebagainya. Sebagai contoh, pada awal penubuhan Mcdonalds dahulu, mereka mendapatkan keuntungan perniagaan francais daripada tapak-tapak yang disewakan/dijual kepada francaise mereka. Syarat yang dikenakan kepada sesiapa yang ingin membuka restoran Mcdonalds ialah wajib membina atau membuka restoran mereka di tapak-tapak ataupun premis-premis kepunyaan Mcdonalds sahaja. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya berniaga hartanah bukannya berniaga burger atau kentang goreng. Bijak kan?

francais malaysia

Peluang perniagaan francais Malaysia sebenarnya ini sangat luas di seluruh dunia dan semakin diminati di Malaysia mungkin kerana cara pelaksanaannya yang agak mudah ditambah pula dengan kemunculan jenama-jenama francais Malaysia yang hanya memerlukan modal yang kecil untuk anda bermula. Banyak jenama perniagaan francais Malaysia yang memerlukan kos yang rendah dan sederhana yang disediakan. Dan ada juga kos permulaan melebihi RM 1 juta  seperti KFC, MCdonals, Pizza Hut, dan jenama stesen-stesen Minyak.

Jenama yang nak digunakan perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Myipo. Antara kriteria yang paling penting bagi jenama yang kita nak wujudkan adalah tidak merujuk kepada barangan yang kita dagangkan ataupun perkhidmatan yang kita sediakan. Kebanyakan pemilik jenama pada masa kini sangat suka menggunakan jenama yang merujuk kepada apa yang kita jual atau kita buat walhal jenama tersebut tidak boleh didaftarkan kerana ianya boleh digunakan oleh semua orang. Contoh yang saya boleh sertakan disini adalah Restoran Ikan Bakar, Restoran Itik Salai, Roti Bakar Telur Meleleh, Apam Balik Meletop dan banyak lagi.

Jenama yang biasa sangat senang untuk kita dapatkan tetapi ianya tidak boleh didaftarkan tetapi untuk wujudkan satu jenama yang betul-betul solid adalah sangat sukar. Kami ada menyediakan cara nak wujudkan nama dengan sesi brainstorming nama yang akan memakan masa lebih kurang tiga jam. Jika anda perlu bantuan professional dan perkhidmatan One IP, boleh hubungi kami.

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

Bentuk Cap Dagangan

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..