Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Nama Perniagaan Makanan Yang Menarik

Share Post:

Idea Nama Brand

Memilih nama perniagaan makanan merupakan salah satu perkara asas yang sangat penting dalam apa jua perkara. Ianya nampak mudah, namun pemilihan nama itu mampu memberi kesan jangka panjang yang tidak boleh diragukan lagi.

Begitulah juga dengan memilih nama dalam perniagaan makanan. Mungkin kedengarannya mudah dan tidak penting, tetapi dengan memilih nama perniagaan makanan yang sesuai, kesannya mampu mengubah perjalanan perniagaan kita sama ada terus bertambah maju atau sebaliknya.

Nama Perniagaan Makanan Yang Unik

Mencari nama perniagaan makanan yang unik sudah tentu adalah salah satu ciri-ciri ketika mahu memberi nama kepada perniagaan kita. Tetapi nama perniagaan makanan unik sahaja tidak memadai, kerana terkadang nama yang unik tetapi tidak boleh didaftarkan dan tidak boleh menjadi hak milik kita seorang.

Ini bermaksud kalaupun nama unik terkadang ianya nama yang biasa iaitu semua orang boleh gunakan nama tersebut dimana nama tersebut  menjelaskan jenis perniagaan yang dijalankan .Contoh  nama perniagaan kedai makan ialah kari,gulai ,café,laksa , kedai roti , warung dan sebagainya. 

Tapi pada akhirnya apabila nama perniagaan makanan itu telah dikenali, nama tersebut bila nak didaftarkan ianya tidak boleh didaftarkan kerana ianya merujuk kepada perniagaan yang kita jalankan.

Sebelum memilih nama perniagaan kita perlu menentukan produk makanan yang ingin di usahakan ini kerana produk makanan mempunyai pelbagai kategori antaranya kek,pastry, roti , makanan lauk pauk tengah hari,gorengan di malam hari ,sarapan pagi ,pasar tani dan sebagai.

Kita pasti kenal dengan jenama Kentucky Fried Chicken (KFC) . Kentucky itu sebenarnya adalah nama tempat di Amerika. Begitulah juga dengan Texas Chicken. Texas itu juga ialah nama tempat di Amerika. Ianya cukup mudah, sekadar meletakkan nama kedai makan kita berdasarkan nama tempat sahaja. Tetapi impaknya buat kedai kita pada masa hadapan cukup besar.

nama-perniagaan-makanan

Antara kriteria dalam pendaftaran trademark adalah nama tempat tidak boleh digunakan sebagai trademark kita. Apabila kita nak pertikaikan kenapa sesetengah nama tempat boleh didaftarkan sebagai trademark? Untuk menjawab soalan ini adalah setiap negara mempunyai akta trademark yang berbeza. Akta trademark di Malaysia memang tidak akan meluluskan pendaftaran yang menggunakan nama tempat .

Ini tidaklah bermakna kita langsung tidak boleh menggunakan nama tempat  tersebut. Untuk representasi barangan atau packaging, ianya tiada masalah. Apa yang dimaksudkan ianya tidak boleh digunakan atau didaftarkan adalah untuk pendaftaran di Myipo.

Nama perniagaan makanan yang telah digunakan sekian lama memang sukar untuk ditukarkan atau dibuat pindaan, namun ada cara macammana nak kekalkan nama yang telah digunakan sekian lama.

Kesan yang paling ketara apabila kita nak buat pindaan kepada jenama kita adalah kepada pelanggan kita. Apabila mereka membuat carian dilaman sesawang pastinya tidak lagi menemui nama kedai kita. Sebab itulah bilamana kita nak buat pindaan jenama, kita akan buat  secara perlahan-lahan

Selalunya kita akan war-warkan terlebih dahulu yang kita akan buat perubahan kepada jenama kita di media sosial yang kita gunakan sebelum kita betul-betul tukarkan jenama kita. Ini akan membuatkan pelanggan kita peka bahawasanya kita akan menukarkan jenama kita kepada yang baru.

contoh nama perniagaan yang menarik

Selalunya peniaga yang menjalankan perniagaan makanan akan  mempunyai pelbagai jenis jualan makanan, akan tetapi pastilah ada satu menu yang utama dan sangat istimewa. Kita boleh menjadikan makanan tersebut sebagai salah satu pilihan nama perniagaan yang dijalankan. Contoh nama perniagaan yang menarik ialah Restoran Nasi Lemak Antarabangsa di Kuala Lumpur. Nama ini terang-terang tidak boleh didaftarkan namun ianya boleh menaikkan nama kedai kita dan mungkin akan jadi viral.  

Mereka mengunakan nama makanan seperti nasi lemak sebagai jenama ,ini kerana kepakaran mereka dalam membuat nasi lemak dengan itu mereka juga telah memperluaskan lagi makanan tradisional rakyat Malaysia itu kepada warganegara luar dan dalam Malaysia. Akan tetapi mereka bukan sekadar jual nasi lemak saja, tapi turut menjual menu lain.

Selain pemilihan dari segi makanan atau menu utama,kita juga boleh memilih gabungan nama perniagaan yang ingin dijual dengan nama tempat tersebut contohnya sate kajang, asam pedas d’muar, dan sebagainya.

Untuk membolehkan jenama ini di monopoli oleh kita seorang, sepatutnya kita meletakkan satu nama atau logo yang tiada langsung kaitan dengan makanan atau minuman dalam perkataan tersebut.

Sesiapa sahaja lalu lalang atau terpandang kedai bakeri atau pun bisnes online akan berhenti seketika melihat deretan susunan hidangan kek, roti, pasti mahupun muffin yang menyelerakan . Namun selain daripada hidangan, nama bakeri juga memainkan peranan penting. Nama perniagaan yang menarik akan membuatkan pendengar terliur dan membayangkan aneka hidangan yang tersedia.

Memilih nama perniagaan makanan yang sesuai untuk perniagaan bakeri tidak semudah memesan atau menikmati hidangan. Kita juga perlu melihat pelbagai faktor penting yang boleh memberi kesan kepada jenama perniagaan bakeri.

Kita juga  boleh memilih nama perniagaan makanan yang unik dan luar dari kotak, ianya akan menarik pelanggan apabila mendengar nama perniagaan yang unik seperti Der Backmeister, LLAO LAO,FASO Patissere.Ini adalah contoh idea yang menarik hati pelanggan ditambah lagi dengan jualan makanan yang jarang dijual dipasaran seperti namanya yang ada keunikan tersendiri.

Sekiranya kita sudah mempunyai tiga hingga enam senarai nama perniagaan yang hebat, kita boleh mendapatkan maklum balas daripada bakal pelanggan atau mereka yang terlibat di dalam industri ini  dan termasuk juga agen yang berdaftar dengan Myipo seperti kami di One IP.

Kami telah membantu lebih daripada 500 usahawan mendaftarkan jenama mereka dan telahpun mendapat sijil. Kami juga ada menyediakan perkhidmatan brainstorming nama dimana kami membantu usahawan dapatkan nama yang sesuai untuk perniagaan mereka.

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

Bentuk Cap Dagangan

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..