PENDAFTARAN CAP DAGANGAN
Pendaftaran Cap Dagangan adalah cara untuk mengenalpasti dan membezakan antara produk dan perkhidmatan antara peniaga dengan peniaga yang lain. Ia adalah tanda atau simbol yang unik pada perniagaan dimana ianya memberi ketulenan, kualiti dan konsistensi kepada produk dan perkhidmatan kita.
One IP Global Sdn Bhd
One Global IP selaku ejen berdaftar Harta Intelek di bawah MyIPO berbesar hati menawarkan perkhidmatan kepada pemohon bagi pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian ini termasuk mendokumen pendaftaran yang bersumberkan rekabentuk perlu mempunyai kandungan yang lengkap yang rneliputi pertamanya, representasi atau spesimen rekabentuk yang jelas termasuk kenyataan kebaharuan.
Selain itu One Global IP juga akan memastikan ianya belum didedahkan kepada umum sebelum memajukan pendaftarannya. Selain itu, kami juga akan memastikan dokumen bersumber rekabentuk perindustrian benar-benar mempunvai butir-butir yang feasible sebelum memajukan untuk didaftar supaya tidak menanggung kerugian.
Nilai jangka masa panjang
Cap Dagangan adalah asset yang mempunyai nilai yang tinggi pada masa jangka panjang bergantung kepada cara pengiklanan kepada jenama kita. Cap Dagangan pada dasarnya terletak pada produk dan perkhidmatan.
Pembaharuan Pendaftaran Cap Dagangan
Cap Dagangan kita yang telah didaftarkan perlu diperbaharui setiap 10 tahun sekali. Sekiranya kita tidak membuat pembaharuan, pemilikan jenama tersebut akan terlucut daripada kita dan sukar untuk kita mengambil tindakan sekiranya ada pihak ketiga yang gunakan jenama kita.
Hak Eksklusif
Dengan Cap Dagangan yang telah didaftarkan, kita boleh mengambil tindakan kepada pihak yang cuba memalsukan atau menggunakan jenama kita untuk produk atau perkhidmatan yang sama dengan kita.
Pendaftaran Cap Dagangan itu memberi hak eksklusif kepada pemiliknya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak ketiga yang menggunakan jenama kita tanpa kebenaran kita.
Fungsi One Global IP
Fungsi One Global IP adalah membuat carian jenama yang mereka ingin gunakan secara terperinci sama ada dah ada orang guna ataupun tidak melalui sistem Myipo dan memberi nasihat kepada pelanggan mengenai pemilihan jenama mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Selain itu juga, kami mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan penolakan trademark oleh pegawai Myipo dimana kami akan menyiapkan laporan berkala kepada mereka untuk membantu menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Cap Dagangan mereka.
tugas one ip global
Antara fungsi One IP dalam pendaftaran Cap Dagangan adalah:
membantu merekabentuk logo atau jenama
Membuat carian dalam sistem myipo,google dan domain
membuat pendaftaran Cap Dagangan secara online dan manual di kaunter
Memberi nasihat dan membantu dalam penyalahgunaan dan pelanggaran tanpa izin pemilik Cap Dagangan
Hal-hal berkaitan keempunyaan Cap Dagangan
Mewakili pelanggan untuk melakukan perjumpaan dengan pegawai Myipo berkaitan penolakan Cap Dagangan
Maklumat mengenai kelulusan dan sijil Cap Dagangan
Carta Alir PENDAFTARAN CAP DAGANGAN
Proses digambarkan oleh carta alir di sebelah kanan. Klik pada carta alir untuk gambaran proses yang lebih jelas.
APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP
Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..