Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Nama Perniagaan yang Sesuai Untuk Bisnes Online

Share Post:

Bisnes online adalah sangat penting dan pemilihan nama yang sesuai untuk perniagaan online oleh sesebuah syarikat merupakan satu perkara yang agak rumit dan kadangkala mengambil masa yang lama untuk kita mengambil keputusan untuk menggunakannya sebagai nama untuk perniagaan kita.

bisnes-online

Nama Bisnes Yang Sesuai Untuk Bisnes Online

Terdapat banyak pemilik perniagaan yang memerah otak bersama rakan perniagaan untuk mendapatkan nama  yang menarik perhatian pelanggan tetapi tidak berjaya untuk dapatkan nama yang baik untuk perniagaan mereka.

Nama Bisnes Yang Boleh Didaftarkan Di MYIPO

nama-yang-sesuai-untuk-bisnes-online

Nama bisnes yang baik merupakan nama yang boleh didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia(MYIPO). Hal ini kerana nama yang kita gunakan perlu lindungi daripada pihak ketiga menggunakan nama tersebut  tanpa izin kita dan nama yang baik juga melambangkan imej atau menggambarkan perniagaan kita kepada para pelanggan yang baru mengenali dan ingin berurusan dengan syarikat yang bakal didirikan.

Kadang-kadang kita terkeliru antara nama untuk perniagaan kita dan juga nama syarikat yang kita tubuhkan. Nama perniagaan juga dipanggil sebagai trademark.

Terkadang ada sesetengah syarikat yang menggunakan nama perniagaan dan juga nama syarikat sama. Tak salah sebenarnya, cuma kita perlu tahu adakah nama yang kita gunakan tu boleh didaftarkan ataupun tidak.pernig

Contoh Nama Bisnes Online Yang Sesuai

Bagaimanakah cara untuk kita tahu mengenai nama perniagaan online yang baik dan sesuai untuk digunakan sebagai nama perniagaan kita?

Perkara yang perlu diutamakan apabila ingin memilih nama sesuai untuk perniagaaan ialah kesesuaian nama tersebut dan kebolehdaftaran nama tersebut.

Sebagai contoh, jika kita menguruskan perniagaan untuk membekal makanan dan bahan mentah, mesti pelik dan tiada kena-mengena jika kita namakan perniagaan sebagai Kedai Elektrik Ahmad.

Kalau kita lihat jenama-jenama besar, contohnya Ariani, Jakel, Kamdar, KFC, Burger King, mereka tidak meletakkan apa-apa nama kedai untuk jenama mereka.

Dan itulah sebenarnya yang perlu kita lakukan iaitu tidak meletakkan apa-apa nama yang ada kaitan dengan perniagaan yang kita lakukan dengan erti kata lain, tidak boleh merujuk kepada apa yang kita jual atau niagakan.

Sebenarnya tujuan kita letakkan nama perniagaan yang melambangkan jenis perniagaan yang dijalankan, para pelanggan mudah untuk dapatkan khidmat servis ataupun produk yang kita jalankan dan jual.

Kunci utama dalam pemilihan nama untuk perniagaan kita adalah untuk tidak mengelirukan para pelanggan untuk berurusan dengan kita serta memudahkan para pelanggan untuk mencari khidmat perniagaan yang kita ada apabila diperlukan.

Penggunaan nama perniagaan yang pendek dapat memudahkan para pelanggan yang baru untuk mengingati nama perniagaan. Apabila pelanggan ingat nama perniagaan kita, mereka akan dapatkan servis atau produk dari kita.

Contoh Nama Perniagaan Yang Menarik

Contoh nama perniagaan yang menarik dan mempunyai dua atau tiga suku kata minima amat mudah untuk dieja dan diingati. Syarikat Google ialah syarikat carian laman web yang menggunakan hanya dua suku kata.

Kita juga boleh menjadi lebih kreatif untuk menggunakan akronim sebagai nama perniagaan. Sebagai contoh, syarikat kasut sukan ADIDAS ialah akronim bagi All Day I Dream About Sports

Jika nama perniagaan kita Sarah yang menjual aksesori wanita dan kita ingin memperkenalkan produk baru seperti aksesori lelaki atau aksesori haiwan peliharaan ke dalam model perniagaan kita, semestinya produk tersebut menjadi tidak sesuai untuk perniagaan tersebut kerana nama perniagaan kita khusus untuk menjual produk aksesori wanita.

Oleh itu nama yang nak dipilih mestilah sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang kita nak niagakan.

Sesetengah pemilik perniagaan tidak kisah sangat dengan nama perniagaan pada awal perniagaan dijalankan. Pada mereka asalkan pelanggan tahu nama yang mereka gunakan sudah memadai tanpa mengira samada nama tersebut boleh didaftarkan ataupun tidak.

Apabila perniagaan semakin maju dan dikenali ramai, dan ada pula yang menggunakan nama seakan-akan sama dengan menjual produk atau perkhidmatan yang sama, maka saat itulah pemilik perniagaan tersebut menggelabah mencari tempat untuk membantu mereka daftar nama perniagaan mereka.

Sejujurnya kami sebagai agen sekalipun tidak dapat membantu jika sekiranya perkara diatas berlaku. Ini adalah kerana pendaftaran nama di MYIPO bersifat first come first serve. Orang yang daftar terlebih dahulu akan dapat nama tersebut walaupun kita dah gunakan nama tersebut terlebih dahulu.

Pada peringkat awal lagi kami amat menekankan kepada pemilik perniagaan, sebaik sahaja membuat keputusan untuk berniaga, cipta dulu nama yang sesuai dan boleh didaftarkan. Cipta nama dengan menggunakan garis panduan yang betul.

Nama perniagaan yang hebat hanya akan berkesan jika unik, kita juga perlu memeriksa serta mengetahui cara menyemak di Twitter, Facebook dan media sosial lain.

Pastikan sama ada nama itu sudah diambil sebelum kita mula membina kedai dalam talian dan didaftarkan sebagai nama produk, ianya bertujuan untuk tidak mengelirukan pelanggan dengan produk di pasaran yang sedia ada.

Kita juga perlulah memilih nama yang mampu berada di ranking yang baik untuk bersaing secara sihat dengan peniaga dalam talian yang lain.

Sebenarnya, bukan sesuatu yang sukar untuk memilih nama yang sesuai.

Kami di OneIP menyediakan perkhidmatan Brainstorming nama dimana kami akan bantu pemilik perniagaan mencipta nama dan juga kami ada menyediakan konsultasi dari segi nama yang digunakan boleh didaftarkan ataupun tidak.

Stay Connected

More Updates

francais malaysia

Apa itu Francais Malaysia?

Satu perkataan yang sangat sedap disebut oleh semua orang tak kira muda atau tua. Persoalannya sekarang anda tahu ke apa itu peluang perniagaan francais Malaysia?

trademark di malaysia

Ketahui Trademark di Malaysia

Trademark bermaksud tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, lable, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan

Harta Intelek Perniagaan

Harta Intelek Perniagaan

Harta intelek perniagaan merujuk kepada ciptaan yang diperoleh dari akal fikiran termasuk hasil kerja sastera dan seni, simbol, nama, imej dalam pelbagai bentuk sama ada

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..