Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Share Post:

Bentuk Cap Dagangan

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran trademark di Malaysia.

Buat pengetahuan semua, pendaftaran cap dagangan atau trademark di Malaysia diuruskan oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang merupakan agensi tunggal yang menyediakan pendaftaran harta intelek di Malaysia. 

Bukan sahaja pemilik perniagaan malah syarikat atau persatuan juga boleh membuat permohonan untuk pendaftaran trademark. 

Bagi pihak kami antara pihak yang perlu mendaftarkan trademark mereka adalah seperti berikut;

  1. Orang Perseorangan
  2. Syarikat Perkongsian
  3. Syarikat Sdn Bhd
  4. Persatuan
  5. Pertubuhan
  6. Pemilik Jenama/Produk
 

Ada beberapa kaedah atau cara daftar trademark yang boleh digunakan untuk membuat permohonan pendaftaran trademark di Malaysia.

Kaedah atau Cara Daftar Trademark di Malaysia

trademark di malaysia

Berikut kami kongsikan beberapa cara daftar trademark yang boleh dipilih oleh pemilik perniagaan mengikut keperluan dan kesesuaian yang diingini.

  1. Daftar Secara Manual di Pejabat MyIPO 
  2. Daftar Secara Online Laman Web MyIPO
  3. Daftar Melalui Agen Lantikan MyIPO

1. Daftar Secara Manual di Pejabat MyIPO

Pendaftaran trademark boleh dilakukan secara manual atau walk-in di Pejabat MyIPO. Bermula April 2023, Pejabat MyIPO akan beroperasi di tempat yang baru iaitu di Menara MyIPO, PJ Sentral.  Berikut adalah alamat MyIPO;

Menara MyIPO – PJ Sentral

Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, 

Selangor

Cara daftar trademark ini memerlukan pemohon perlu mendapatkan borang-borang berkaitan di kaunter MyIPO atau download borang secara atas talian di laman web MyIPO.

Antara keperluan untuk pendaftaran secara manual adalah seperti berikut;

  1. Dua salinan permohonan (TMA2A)
  2. Size cap dagangan tidak melebihi 10cm X 10cm
  3. Bayaran untuk setiap kelas permohonan secara tunai/cek/wang pos/bank draft/credit card kepada “Perbadanan Harta Intelek Malaysia”
 

Pemohon boleh berhubung secara terus dengan pegawai MyIPO di kaunter untuk sebarang pertanyaan mengenai proses permohonan.

2. Daftar Secara Online Laman Web MyIPO

nama-yang-sesuai-untuk-bisnes-online

MyIPO juga menyediakan platform online untuk cara daftar trademark yang boleh menjimatkan masa pemohon tanpa perlu ke pejabat MyIPO. Pendaftaran. 

Pemohon boleh membuat pendaftaran secara online di laman web MyIPO.

Cara daftar trademark secara manual dan online memerlukan pemohon menguruskan segala dokumen secara sendirian dan berhubung rapat dengan pihak MyIPO untuk status dan keputusan permohonan.

3. Daftar Melalui Agen Lantikan MyIPO

cara daftar trademark

Selain pendaftaran trademark secara terus dengan pihak MyIPO, pemohon boleh juga membuat permohonan melalui ejen sah lantikan MyIPO seperti pihak kami. Kami merupakan ejen sah yang berdaftar dengan MyIPO dan mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang pendaftaran trademark.

Apabila pemohon menggunakan khidmat ejen untuk membuat permohonan trademark, segala urusan dan proses permohonan akan diuruskan oleh ejen. Jadi pemohon tidak perlu lagi berurusan dengan pihak MyIPO. Segala urusan permohonan dan surat menyurat akan melalui pihak ejen.

Mengikut pengalaman kami, banyak permohonan trademark yang ditolak oleh pihak MyIPO hanyalah kerana pemohon tidak memberikan respon terhadap surat dan proses yang berlaku di antara dan pemohon dan MyIPO.

Oleh itu, ejen dapat membantu mempermudahkan urusan pemohon dan mengelakkan risiko permohonan ditolak atas sebab teknikal yang kecil. Selain itu, permohonan trademark juga boleh ditolak kerana cap dagangan pemohon tidak memenuhi kriteria kelulusan trademark.

Apa yang paling penting, sebagai ejen MyIPO yang berpengalaman, kami dapat membantu memberikan konsultasi mengenai kebolehdaftaran trademark sebelum membuat permohonan.

Cara daftar trademark melalui pihak kami sudah pasti dapat mengurangkan risiko untuk suatu permohonan itu ditolak. Bagi yang memilih cara daftar trademark secara manual boleh dapatkan ebook Panduan Mengisi Borang Trademark ini sebagai rujukan. 

Semoga perkongsian cara daftar trademark ini dapat membantu usahawan, individu dan syarikat yang ingin melindungi trademark atau jenama daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda boleh hubungi kami atau WhatsApp kami untuk perkhidmatan pendaftaran trademark.

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

jenis perniagaan

Ketahui 4 Jenis Perniagaan Sebelum Bermula

Semakin ramai rakyat yang memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri berbanding bekerja makan gaji di Malaysia. Sebelum memulakan suatu perniagaan, sebaiknya kita perlu kenali jenis jenis

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..