Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Akta Cap Dagangan 2019

Share Post:

Akta Cap Dagangan 2019

Pindaan Akta Cap Dagangan 2019

Akta   Cap   Dagangan   1976   diluluskan   oleh   parlimen   pada   tahun   1976,   ia   adalah berasaskan United Kingdom Trade Marks Act 1938. Ia mengandungi 11 bahagian dan 103 seksyen. Teks Bahasa Malaysia adalah naskah sahih. Ia menggantikan ordinan Cap Dagangan 1950,   Ordinan   Cap   Dagangan   Sabah   &   Ordinan   Cap   Dagangan   Sarawak.   Akta   ini dikuatkuasakan pada 1 september 1983 di seluruh Malaysia. Pindaan berikutnya dilakukan pada 1994, 2000 & 2002.

Akta Cap Dagangan 2019 mempunyai 19 Bahagian, 183 Seksyen Dan 2 Jadual. Ia dibentangkan Di Parlimen Pada Julai 2019 dan diluluskan Dewan Rakyat Pada 02 Julai 2019 serta diluluskan Dewan Negara Pada 23 Julai 2019. Akta Cap Dagangan 2019 diwartakan Pada 09 Disember 2019 dan dikuatkuasakan pada akhir 2019 melalui Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 2019. Teks Bahasa Inggeris adalah naskah sahih.

Akta Cap Dagangan 2019 yang diluluskan di Parlimen Julai lalu membolehkan negara menyertai Madrid Protokol bagi memudahkan usahawan tempatan membuat pendaftaran jenama produk mereka di 122 negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui penguatkuasaan akta bermula 27 Disember, usahawan hanya perlu melakukan satu permohonan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendaftar jenama mereka di negara yang menyertai Madrid Protokol itu. Sebelum ini usahawan kita perlu membuat pendaftaran jenama menerusi ejen di luar negara bagi memperluaskan skop perlindungan jenama, bagaimanapun dengan menyertai Madrid Protokol ia dapat dilakukan dengan pantas.

Kepantasan itu penting kerana akan membantu meningkatkan prestasi atau kedudukan negara dari segi kemudahan menjalankan perniagaan yang sangat diperlukan dalam dunia perniagaan moden dan mencabar pada masa kini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran persidangan International Trademark Association (INTA) 2019 Asia Brands In Changing Times.

122 negara yang menyertai Madrid Protokol yang membolehkan perniagaan Malaysia memfailkan perlindungan hak milik jenama atau Harta Intelek mereka adalah Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Brazil, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Sementara itu, persidangan tersebut merupakan platform kepada negara untuk mempelajari amalan baik berkaitan isu Harta Intelek Perniagaan menerusi pembentangan daripada pembentang pelbagai negara.

Persidangan tersebut juga membolehkan kementerian dan MyIPO memahami isu masa depan seperti isu barang tiruan, penguatkuasaan dan inovasi. Isu inovasi ini penting kerana kajian INTA menunjukkan ia memberi sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan peluang pekerjaan dan perlu diberi tumpuan terus.

Antara Akta Cap Dagangan 2019 juga membolehkan Malaysia memenuhi kewajipannya di bawah Madrid Protokol berkenaan dengan Pendaftaran Antarabangsa bagi Cap, serta mendapatkan semua kelebihan dan faedah yang diberikan oleh Madrid Protokol.

Madrid Protokol merupakan sistem pendaftaran antarabangsa ditadbir Biro Antarabangsa (IB) Pertubuhan Harta Intelek Dunia (Wipo) yang akan memudahkan perniagaan tempatan berkembang ke luar negara.

Rasional pemansuhan Akta Cap Dagangan 1976  ialah  negara-negara common law yang   lain   seperti  Australia,   New   Zealand,   India,   Singapura,   Brunei   dan   lain-lain   turut memperkenalkan akta Cap Dagangan yang baharu. Lanskap perlindungan Cap Dagangan global yang berasaskan Konvensyen Paris telah berubah dengan kewujudan triti-triti di peringkat antarabangsa seperti TRIPs, MADRID PROTOCOL – FTA, TPPA / CPPTA – (TRIPs Plus).

Akta Cap Dagangan 1976 agak ketinggalan dan tidak selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa berkaitan perlindungan Cap Dagangan  serta terdapat lakuna dan kekurangan. Peruntukan   juga  tidak   selaras   dengan perkembangan   dan   keperluan  komuniti   perniagaan tempatan dan antarabangsa.

Bawah Seksyen 2 Akta Cap Dagangan 2019, skop perlindungan Cap Dagangan diperluaskan meliputi Cap Dagangan  tradisional seperti logo,  jenama, tiket, label,  nama,  tandatangan,  perkataan, huruf, angka atau kombinasi. Ia juga diperluas kepada Cap Dagangan bukan tradisional seperti tanda-tanda visible bentuk or balutan (3d marks), warna, position marks, hologram, motion marks serta tanda-tanda tidak visible bunyi, bau dan penyataan secara grafik.

Selain   itu, prosedur   permohonan   Cap   Dagangan   juga   ditambahbaik.   Permohonan berbilang kelas (multiple class application) boleh dilakukan dalam satu permohonan yang mengandungi beberapa kelas (fi permohonan mengikut kelas). Pemohon juga boleh tentukan senarai  mengikut kelas yang  betul. Pemohon boleh  memohon  untuk menghadkan  kepada warna   tertentu   dan   permohonan   tanpa   had   warna   untuk   perlindungan   semua   kelas.   Disamping itu,  apa   –  apa karakter  selain   huruf  roman boleh  dilakukan   melalui transliterasi (bunyi sebutan  asal);  manakala  apa-apa bahasa  selain BM/BI adalah  melalui translasi(terjemahan). 

 

Akta Cap Dagangan 2019

Ia boleh diinyatakan dalam  borang   permohonan, tidak perlu untuk certified translator.  Akuan  berkanun (statutory declaration) bagi pemilik bona fide adalah tidak diperlukan, hanya deklarasi memberi maklumat yang betul dalam borang permohonan. Seterusnya, pemohon boleh dari awal mencadangkan disclaimer dikenakan ke atas permohonan Cap Dagangan yang mengandungi perkataan / tanda yang tidak distinktif atau tidak boleh  didaftar  –  tertakluk  kepada keputusan  pihak  pendaftar.  Peruntukan  juga   disediakan untuk pemohon menarik diri daripada meneruskan permohonan.

Bagi pendaftaran tanpa sijil(pilihan),  hanya  notifikasi  pendaftaran dikeluarkan,  pemohon tidak perlu menyimpan sijil asal. Tambahan pula, Divisional boleh dilakukan untuk permohonan berbilang kelas yang menghadapi bantahan. Kelas yang tiada bantahan boleh teruskan dengan proses pendaftaran manakala  kelas  yang   dibantah  boleh membuat  rayuan.  Permohonan berbilang  kelas  yang telah di pecahkan boleh digabung semula selepas bantahan berjaya diatasi (didaftar).

Akta Cap Dagangan 2019 juga memperincikan tanda/elemen yang tidak boleh didaftarkan sama ada berdasarkan alasan mutlak atau/dan alasan relatif di bawah s23 dan s24, Akta Cap Dagangan 2019. Akta Cap Dagangan 2019 memperkenalkan intellectual property (ip) official journal seperti in-house publication untuk pemakluman cap – cap yang diluluskan melalui jurnal rasmi Harta Intelek menggantikan warta kerajaan bagi penjimatan kos (RM650,000.00 setahun).

Peruntukan mengenai Cap Dagangan kolektif (collective   marks)   diperkenalkan   bagi   memenuhi   obligasi   antarabangsa   bawah Konvensyen Paris. Peruntukan perlindungan Petunjuk Geografi dimasukkan ke dalam akta Cap Dagangan melalui: Petunjuk Geografi sebagai Cap Dagangan kolektif (collective marks) dalam jadual pertama serta Petunjuk Geografi sebagai Cap Dagangan perakuan (certification marks) dalam jadual kedua.

Akta Cap Dagangan 2019   memperkenalkan  peruntukan   berkaitan licensing dan memperkenalkan istilah   trademark.   Pendaftaran   pelesenan   menggantikan   pendaftaran   pengguna   berdaftar. Selain   itu,   perkataan   trademark   menggantikan   penggunaan   trade   mark. 

Seksyen   160 memperuntukkan   pendaftar   boleh   membuat   garis   panduan   dan   arahan   pendaftar   yang mempunyai kuatkuasa undang-undang. Akta Cap Dagangan 2019 ini juga memperkenalkan peruntukan berkaitan sistem pendaftaran  madrid seperti  enabling   provision selaras  dengan   penyertaan  Madrid Protokol,   mekanisma,   prosedur   dan   saluran   pemfailan Cap  Dagangan   antarabangsa, permohonan keluar (outbound) dan permohonan baru.

Prosedur permohonan Cap Dagangan di bawah Madrid Protocol.

Akta Cap Dagangan 2019

Sistem madrid adalah sistem pendaftaran Cap Dagangan antarabangsa / global yang membolehkan pemilik Cap Dagangan mendapat perlindungan dibeberapa negara (multiple countries) melalui permohonan   antarabangsa   tunggal(single   application).   Sistem   Madrid adalah   mekanisma   pemfailan   secara   centralised   iaitu   one-stop centre   yang   membolehkan pemilik Cap Dagangan mendapatkan dan mengekalkan perlindungan ke atas Cap Dagangan mereka   dipasaran   eksport. 

Sistem   ini   hanya   melibatkan   prosedur   sahaja   dimana perundangan   tempatan   yang   menetapkan   syarat   perlindungan   dan   menentukan   hak-hak perlindungan yang diperolehi melalui kedaulatan & territorial. Ia suatu sistem pendaftaran Cap Dagangan antarabangsa di bawah pentadbiran WIPO. Sistem madrid ditadbir berdasarkan dua triti: Madrid Agreement 1891 dan Madrid Protokol 1989.

Kelayakan   untuk   memohon   di   bawah   Madrid   Sistem   ialah   pemohon   mesti mempunyai hubungan dengan satu daripada ahlinya, di mana pemohon perlu berhubungan melalui kewarganegaraan, domisil dan tempat perniagaan. Pemohon mesti mempunyai basic mark untuk membuat permohonan antarabangsa di office of origin. Permohonan antarabangsa dilakukan melalui office of origin  mestilah  dalam satu Bahasa dan ia perlu dibayar dalam mata wang Swiss Francs.

Pendaftaran antarabangsa adalah bergantung pada permohonan am / pendaftaran  dalam 5 tahun pertama. Terdapat kemungkinan penolakan oleh negara-negara kontrak yang ditugaskan di bawah had masa iaitu 18 bulan. Bawah Sistem Madrid terdapat  kemungkinan   utuk mendaftarkan  Cap Dagangan  yang seterusnya,  catatan tentang perubahan akan dilakukan dalam satu operasi. WIPO akan memeriksa pendaftaran Cap Dagangan   yang   ditambah/seterusnya.   Jika   ia   mematuhi   segala   syarat   maka   WIPO   akan menerbitkannya.

Madrid Protokol ni masih baru bagi usahawan dan akan berlaku banyak kesilapan yang dilakukan semasa pendaftaran. Untuk memudahkan usahawan dalam pendaftaran di dalam Malaysia atau melalui Madrid Protokol, kami di One IP sedia membantu usahawan. Jika memerlukan khidma60122242728t kami boleh hubungi kami melalui WhatsApp ataupun emelkan kami.

 

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

Bentuk Cap Dagangan

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..