Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Harta Intelek Perniagaan

Share Post:

Harta Intelek Perniagaan

Harta intelek perniagaan merujuk kepada ciptaan yang diperoleh dari akal fikiran termasuk hasil kerja sastera dan seni, simbol, nama, imej dalam pelbagai bentuk sama ada gambar atau lukisan dan reka bentuk yang digunakan di dalam perdagangan atau perniagaan.

Harta intelek perniagaan terbahagi kepada dua kategori iaitu Harta Industri dan Hak Cipta. Harta Industri merangkumi Cap Dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian dan Petunjuk Geografi. Hak Cipta pula merangkumi hasil kerja sastera dan seni seperti novel, puisi, persembahan, filem, hasil karya muzik, lukisan, gambar, ukiran dan reka bentuk bangunan.

Hak-hak berkaitan Hak Cipta juga melibatkan persembahan artis, penerbitan rakaman bunyi dan juga program-program dalam penyiaran radio dan televisyen.

Harta Intelek Perniagaan

Harta intelek perniagaan

Satu lagi cabang harta intelek perniagaan yang tidak dinyatakan sebelum ini ialah Variati Tumbuhan (Plant Variety). Variati Tumbuhan merujuk kepada hak eksklusif yang diberikan kepada pengusaha atau pembiak baka tumbuhan untuk mengeksploitasi kepelbagaian baka baru bagi tumbuhan.

Walaubagaimanapun, urusan pentadbiran dan pendaftaran Variati tumbuhan tidak dijalankan oleh MyIPO, sebaliknya dijalankan oleh Jabatan Pertanian Malaysia

Sehubungan dengan itu, Hari Harta Intelek Sedunia adalah antara platform terbaik untuk usahawan mengetahui lebih lanjut bagaimana satu-satu idea itu boleh ditukar menjadi harta intelek atau Intellectual Property (IP), selain memahami peranan penting yang dimainkan oleh Harta Intelek perniagaan dalam mendorong inovasi dan kreativiti sesebuah perniagaan.

Namun begitu ,masih ramai usahawan PKS khususnya di Malaysia tidak menyedari bahawa mereka boleh menggunakan Harta Intelek Perniagaan dan segala haknya untuk membina perniagaan yang lebih kuat, kompetitif dan berdaya tahan terutamanya bagi mendepani cabaran pandemik Covid-19 yang menjejaskan teruk ekonomi dunia.

 Isu yang terus membelenggu dunia perniagaan PKS ialah tahap kesedaran yang masih rendah di samping kurang ilmu pengetahun tentang kelebihan pendaftaran Harta Intelek Perniagaan dalam kalangan pengusaha yang menjadi salah satu faktor utama mengapa mereka tidak mendaftarkan Harta Intelek Perniagaan mereka.

Adalah penting untuk para usahawan menitik beratkan pelan perniagaan jangka pendek dan juga pelan jangka panjang. Ia bagi memastikan hak serta keaslian produk atau perkhidmatan mereka mampu terus bertahan di pasaran dan tidak mudah ditiru oleh usahawan lain.Perlindungan dan penguatkuasaan di bawah perundangan Harta Intelek turut membolehkan pemilik mengambil tindakan undang-undang ke atas penyalahgunaan produk mereka tanpa kebenaran.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) masih lagi meneruskan aktiviti memberi kesedaran berkenaan Harta Intelek Perniagaan melalui pelbagai saluran supaya usahawan mengetahui hak mereka, di samping menggalakkan golongan usahawan mendaftarkan Harta Intelek untuk melindungi perniagaan mereka dalam jangka masa panjang.

Banyak kealpaan telah berlaku pada kebanyakan usahawan tempatan disebabkan oleh kurang kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan cap dagang dalam perniagaan mereka. Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak antarabangsa dan semua sedia maklum akan jenama Ujang adalah berasaskan nama kartunis Ujang yang menjadi pengasas kepada jenama tersebut. Namun akibat cetek pengetahuan berkenaan Harta Intelek, pihak lain telah mendaftarkan jenama “Ujang” di bawah nama pemilik lain mengakibatkan kartunis Ujang telah kehilangan hak terhadap jenama yang diasaskannya.

Sistem perlindungan Harta Intelek memberi hak eksklusif kepada pemiliknya untuk mengawal dan mengeksploitasi harta intelek mereka. Ini termasuklah hak untuk membuat, mengguna, mengedar, menjual dan mengimport. Pendaftaran Harta Intelek seperti jenama atau logo juga membolehkan usahawan membuat pengiklanan berkesan melalui media sosial, seterusnya membolehkan produk mereka dikenali ramai.

Pendaftaran dan pentadbiran Harta Intelek di Malaysia dikendalikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Bagi urusan pendaftaran Paten, Cap Dagangan dan Rekabentuk Perindustrian, pihak MyIPO telah melantik ejen-ejen bertauliah bagi mengendalikan pendaftaran bagi pihak pemilik harta intelek.

Tugas ejen-ejen ini adalah memberi khidmat nasihat dari segi teknikal dan prosedur perundangan berkenaan pendaftaran dan perlindungan harta intelek. One IP merupakan salah satu syarikat yang berdaftar dengan MYIPO sebagai agen yang sah. Kelebihan yang kami adalah pemilik One IP , iaitu Wan Rusmawati bt Wan Mohamed merupakan bekas pegawai yang meluluskan trademark di MYIPO sendiri. Usahawan yang  memerlukan khidmat kami boleh hubungi kami melalui WhatsApp kami ataupun emelkan kami di info@oneip.com.my.

Kesimpulannya, pemilik-pemilik bisnes dan pemilik-pemilik produk adalah disarankan untuk mendaftarkan jenama mereka agar produk-produk milik mereka dilindungi di bawah Harta Intelek. Hal ini penting untuk mengelakkan sebarang peniruan, penyalahgunaan dan “passing-off” yang mana pemilik produk yang berdaftar boleh menyaman pihak yang menyalahgunakan nama produknya.

Stay Connected

More Updates

francais malaysia

Apa itu Francais Malaysia?

Satu perkataan yang sangat sedap disebut oleh semua orang tak kira muda atau tua. Persoalannya sekarang anda tahu ke apa itu peluang perniagaan francais Malaysia?

trademark di malaysia

Ketahui Trademark di Malaysia

Trademark bermaksud tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, lable, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan

Akta Cap Dagangan 2019

Akta Cap Dagangan 2019

Pindaan Akta Cap Dagangan 2019 Akta   Cap   Dagangan   1976   diluluskan   oleh   parlimen   pada   tahun   1976,   ia   adalah berasaskan United Kingdom Trade Marks Act 1938. Ia

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..