Tahukah anda yang pendaftaran perniagaan (SSM) adalah berbeza sama sekali dengan pendaftaran MyIPO. Ini adalah kerana pendaftaran SSM lebih kepada pendaftara perniagaan dimana sole proprietor ataupun Sdn Bhd. Manakala MyIPO pula lebih menitikberatkan kepada pendaftaran logo atau jenama.
Terkadang ada usahawan yang menggunakan nama syarikat berbeza dengan logo mereka dan ada juga yang menggunakan logo sama dengan nama syarikat.
Tak kiralah guna nama sama dengan syarikat ataupun tidak, yang pasti jangan terkeliru antara SSM dan Myipo kerana kadang-kadang apabila saya berjumpa dengan usahawan, mereka menegskan mereka dah daftar tapi yang didaftarkan adalah syarikat.
Amat rugilah jika diperingkat ini usahawan tidak menitikberatkan nama mereka kerana akhirnya mereka akan hadapi masalah.