Logo red cross ini tidak boleh didaftarkan oleh semua orang sebenarnya. Ia adalah menyalahi akta cap dagangan jika kita daftarkan logo ini beserta dengan logo kita walaupun kita menjual produk ubatan sementelahlah jika didaftarkan untuk produk lain, lagilah tak boleh.
Sekiranya kita nak juga daftar kita mungkin akan dikenakan bantahan dibawah seksyen 5.3. Ia bukan saja tertakluk dengan contoh logo yang dipamerkan sahaja, logo yang seakan-akan sama atau menyerupainya pun tak boleh didaftarkan.