Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

3 Kesilapan Cara Daftar MyIPO Online Sendiri

Share Post:

cara daftar MYIPO online

Trademark boleh didaftarkan oleh anda sendiri ataupun menggunakan khidmat agen. Tiada betul ataupun tiada salah dalam cara daftar MYIPO online samada daftar sendiri ataupun menggunakan khidmat agen. Ini adalah kerana cara mengisi borang memang sama dan prosedurnya pun sama Cuma mungkin jika anda menbuat pendaftaran sendiri akan berlu beberapa kesalahan yang anda yang mungkin anda tidak perasan ataupun anda tidak tahu.

Disini saya senaraikan 3 kesilapan yang biasa akan anda lakukan, supaya anda faham cara daftar brand atau cara daftar trademark sendiri.

1. SEMASA MEMBUAT CARIAN - MYIPO Online Search

Perkara pertama sebelum memohon satu-satu trademark ataupun membina jenama ataupun logo adalah dengan membuat carian. Carian ini dibuat bertujuan untuk memastikan nama ataupun logo yang kita nak gunakan itu bukan milik orang lai, bukan milik syarikat2 besar, bukan jenama terkenal dan perkataan yang memang boleh didaftarkan di myipo.

Bagaimana cara untuk memastikan carian yang kita buat itu tepat dalam cara daftar MYIPO online?

Ada banyak sumber yang perlu anda buat carian untuk memastikan jenama atau logo anda betul-betul boleh digunakan.

Disini saya hanya akan menyentuh tentang carian di dalam sistem myipo sahaja. Untuk huraian panjang berkenaan carian, saya akan kongsikan pada artikel akan datang.

Carian dalam sitem myipo anda boleh gunakan layari laman sesawang myipo www.myipo.gov.my .

cara daftar MYIPO online
Setelah masuk ke dalam website Myipo, anda boleh menekan pada paparan online servis .
Kemudian anda boleh klik pada bahagian ‘IP Online &Filing”
Kemudian klik ‘Login’
Klik pada ‘proceed’

Cara daftar MYIPO online disini, anda boleh memilih untuk mendaftar terlebih dahulu ataupun terus nak buat search. Kalau anda mahu buat permohonan secara atas talian, eloknya anda mendaftar sebagai pengguna kerana untuk membuat pendaftaran online banyak lagi step-step yang perlu anda lakukan.

Sekiranya anda terus nak membuat carian, anda hanya perlu klik bahagian trademark, search.

Disini anda perlu masukkan nama yang anda nak buat carian. Contoh disini saya masukkan perkataan ezzy.
Kemudian klik pada search.

Ini adalah hasil daripada carian. Anda boleh tengok dan perhatikan betul-betul kerana disinilah selalunya anda akan buat kesilapan. Perkara utama yang anda perlu perhatikan adalah pada ‘application status’ dan juga klasifikasi yang telah didaftarkan.

2. SEMASA MENGISI BORANG

Semasa mengisi borang, bahagian yang ke tujuh dalam borang trademark adalah berkaitan “the trademark”. Disini selalunya anda akan memilih pada kotak yang kedua jika trademark anda berwarna. Kenapa saya saya katakan anda membuat kesilapan dalam cara daftar MYIPO online adalah kerana sekiranya anda claim logo atau jenama anda berwarna, pada satu masa nanti anda tidak boleh menukar warna lain. Sebaiknya anda tidak perlu tick pada kotak berwarna dan hanya perlu tick pada kotak hitam putih.

Selalunya saya kan cadangkan kepada klien saya untuk mendaftar logo dalam bentuk hitam putih kerana mudah bagi anda untuk menukar warna pada masa akan datang.

3. CARA DAFTAR MYIPO ONLINE DALAM PEMILIHAN KELAS

Apa yang dimaksudkan dengan kelas?

Kelas ni bukannya anda perlu menghadiri apa-apa kelas tetapi kelas yang dimaksudkan disini adalah klasifikasi berkaitan produk yang kita buat.

Salah meletakkan klasifikasi ini akan mebuatkan produk kita tidak dilindungi.

Trademark ada 45 klasifikasi dimana klasifikasi 1-34 merupakkan produk dan 35-45 merupakan perkhidmatan. Anda boleh meletakkan klasifikasi ini bukan hanya untuk setiap boring malah lebih daripada satu. Bayaran yang dikenakan adalah bedasarkan berapa klasfikasi yang kita pilih. Macammana kita nak pastikan klasifikasi yang sesuai dengan kita adalah berdasarkan senarai klasifikasi yang saya senaraikan di bawah ini.

Berdasarkan senarai yang saya lampirkan ini, anda hanya boleh ambil sebagai guide line sebab senarai yang di lampirkan itu merupakan kelas heading dan pecahannya anda perlu rujuk dalam website myipo seperti ini dan ini.  Anda perlu memilih pecahan klasifikasi yang betul-betul berkaitan dengan anda untuk mengelakkan ada kesilapan klasifikasi. Jika berlaku kesilapan klasifikasi, anda tidak boleh menukar klasifikasi tetapi perlu mendaftar klasifikasi yang baru dengan harga yang baru.

 

Cara Daftar Trademark Sendiri

Oleh itu saya amat berharap agar anda semua yang ingin membuat pendaftaran trademark sendiri perlu menitikberatkan tiga perkara yang saya nyatakan diatas. Saya berharap agar perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda.

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

Bentuk Cap Dagangan

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..