Toyota kini memperkenalkan kereta elektrik yang dikuasakan oleh panel solar gergasi yang terletak di atas bumbung kereta.
Kereta solar ini adalah mesra alam sekitar tetapi di negara seperti di Malaysia penggunaannya masih belum praktikal kerana kurangnya jumlah stesen pengecas.
Kekurangan ini membuatkan ia masih belum mampu menggantikan kereta bahan api fosil untuk perjalanan yang jauh.
Pada pertengahan bulan September lepas, Toyota mengumumkan hasrat membangunkan kenderaan elektrik dengan tenaga solar sepenuhnya yang tidak perlu dicas untuk beroperasi.
Kereta Elektrik Toyota - Kereta Solar
Langkah pertama merealisasikan impian ini ialah menggunakan panel solar baharu pada permukaan badan sebuah Toyota Prius.
Panel solar generasi baharu keluaran Sharp ini hanya setebal 0.03 mm yang memudahkannya dipasang pada bahagian atap, bonet dan penutup ruang simpanan kenderaan.
Pada waktu ini pengecasan solar sepenuhnya mampu memberikan Toyota Prius ini jarak operasi sekitar 57 kilometer.
Tempoh pengecasan kereta ini sekitar 5 jam untuk penuh atau 2 jam sahaja apabila menggunakan pengecas-laju.
Sungguhpun ujian awal ini menunjukkan teknologi ini boleh digunapakai, kenderaan elektrik di pasaran yang menggunakan tenaga solar sepenuhnya tanpa perlu dicas menggunakan palam elektrik masih memerlukan masa beberapa tahun lagi sebelum menjadi realiti.