Saya Wan Rusmawati binti Wan Mohamed. Saya merupakan seorang konsultan trademark yang memberi konsultasi dan juga pendaftaran Trademark. Sebelum ini, saya merupakan seorang Pegawai yang meluluskan trademark di MyIPO dan berpengalaman dalam bidang ini lebih daripada 20 tahun.
Anda semua tak perlu bersusah payah ke Pejabat Myipo Sentral dan berpening-pening untuk mengisi borang secara manual atau online. Anda juga dapat mengelakkan risiko daripada tersalah isi borang atau tersilap daftar.
Kami akan uruskan pendaftaran trademark anda daripada buat carian sehinggalah dapat sijil dengan hanya membuat pembayaran dan menyerahkan dokumen SSM dan logo dalam bentuk jpeg.
Kami akan membuat carian setelah kami menerima bayaran pertama daripada anda. Carian ini adalah untuk menentukan tiada persamaan jenama kita dengan jenama yang sedia ada dalam sistem Myipo. Kami akan melakukan carian dalam website Myipo, google dan media sosial.
Sekiranya carian yang dijalankan menunjukkan tidak ada yang sama dengan jenama kita, maka kami akan teruskan dengan menyediakan dokumen dan memfailkan jenama anda di Myipo. Selepas jenama anda didaftarkan kami akan memaklumkan kepada anda dan emelkan salinan pendaftaran jenama anda tersebut. Anda perlu menunggu lebih kurang setahun untuk dapatkan keputusan samada lulus ataupun ditolak.
Sekiranya permohonan anda lulus, kami akan maklumkan anda bahawa permohonan anda telah lulus dan anda perlu menunggu lagi lebih kurang dua bulan dua minggu untuk sijil dikeluarkan.
Apabila sijil dikeluarkan, kami akan maklumkan sekali lagi untuk kami poskan ataupun hantar sijil tersebut. Sijil yang telah dikeluarkan perlu diperbaharui 10 tahun sekali. Dan anda boleh letakkan tanda R di tepi jenama anda.
“Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun sebagai perunding trademark, kami telah membantu ratusan perniagaan melindungi jenama mereka. Kami memahami selok-belok proses pendaftaran dan perlindungan trademark yang berkesan.”
Tambahan bayaran sebanyak RM1500.00 jika ada ingin membuat permohonan dipercepatkan dan RM100 untuk sijil pendaftaran bercetak. *Bayaran di atas adalah berdasarkan Akta Cap Dagangan 2019.
“Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun sebagai perunding trademark, kami telah membantu ratusan perniagaan melindungi jenama mereka. Kami memahami selok-belok proses pendaftaran dan perlindungan trademark yang berkesan.”
Selepas pendaftaran dibuat di Myipo, kami akan memberikan bukti pendaftaran dengan mengemel dokumen kepada anda.Anda boleh meletakkan tanda ™ pada jenama atau logo anda.
Setelah pendaftaran anda diluluskan dan diwartakan, sekiranya tiada mana-mana pihak membuat bangkangan dalam masa dua bulan diwartakan, maka sijil anda akan dikeluarkan.
Sijil ini perlu diperbaharui 10 tahun sekali dan anda boleh meletakkan tanda R pada jenama atau logo anda.
Tanpa pendaftaran trademark, pemilik jenama tidak mempunyai hak eksklusif ke atas nama atau logo yang digunakan. Ini bermaksud pihak lain boleh menggunakan tanda yang serupa atau sama tanpa sebarang tindakan undang-undang yang kuat.
Tanpa perlindungan trademark, produk atau perkhidmatan anda boleh ditiru atau disalahgunakan oleh pihak lain. Ini boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan pengguna dan kerosakan reputasi jenama.
Sekiranya pesaing menggunakan nama atau logo yang serupa, pelanggan mungkin salah anggap produk atau perkhidmatan tersebut adalah dari syarikat anda, yang berpotensi mengurangkan jumlah pelanggan yang sebenar.
Tanpa trademark yang berdaftar, sukar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar jenama anda. Mahkamah biasanya memerlukan bukti pendaftaran untuk melindungi hak pemilik.
Tanpa pendaftaran trademark, syarikat mungkin menghadapi kesukaran untuk meluaskan perniagaan ke negara lain, kerana jenama mereka mungkin sudah didaftarkan oleh pihak lain di negara-negara tersebut.
Trademark yang berdaftar menambah nilai kepada jenama, menjadikannya aset perniagaan yang berharga. Tanpa pendaftaran, jenama tersebut kurang bernilai dari segi komersial.
Usahawan biasanya ingin memahami peranan trademark dalam melindungi jenama mereka serta kepentingannya untuk jangka masa panjang.
Usahawan sering ingin tahu langkah-langkah spesifik yang terlibat, dari penyediaan dokumen hingga kepada kelulusan.
Mereka ingin tahu tempoh masa yang diperlukan, dari permohonan hingga mendapat sijil pendaftaran.
Kos sentiasa menjadi persoalan penting, termasuk yuran rasmi dan kos perkhidmatan jika menggunakan agen atau peguam.
Usahawan ingin tahu apakah tindakan yang boleh diambil jika permohonan mereka tidak berjaya, sama ada membuat rayuan atau meminda permohonan.
Ini berkaitan dengan perlindungan antarabangsa dan mereka ingin tahu tentang pendaftaran di luar negara.
Usahawan ingin tahu tempoh sah trademark yang didaftarkan dan bila ia perlu diperbaharui.
Mereka mungkin ingin mendaftarkan beberapa elemen seperti nama, logo, slogan, dan lain-lain, dan perlu tahu jika itu dibenarkan
Usahawan ingin tahu hak mereka setelah mendaftar trademark dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindunginya daripada penyalahgunaan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Kami:
012-2242728 (Wan)
Atau emel onerusmawati@gmail.com
0122242728
TRADEMARK KONSULTAN
012-2242728