Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Rekabentuk perindustrian adalah hasil rekaciptaan yang terbaru. Inovasi jenis ini adalah terdiri daripada gabungan atau sebahagian daripada ciri bentuk, tatarajah. corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barangan pengguna dari sektor industri. Kebaharuan itu mestilah menarik dari pandangan mata pengguna dan mempunyai nilai estetik.

Reka bentuk yang berjaya didaftarkan mempunyai hak eksklusif kepada pemilikrya untuk mengeksploitasikan aset itu di dalam pasaran selama lima tahun dan boleh dilanjutkan sebanyak empat kali selama tempoh lima tahun bagi setiap kali lanjutan. Dengan itu jangka hayat rekabentuk perindustrian boleh mencapai selama 20 tahun untuk diberi perlindungan eksklusif di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

One IP Global Sdn Bhd

One Global IP selaku ejen berdaftar Harta Intelek di bawah MyIPO berbesar hati menawarkan perkhidmatan kepada pemohon bagi pendaftaran Rekabentuk Perindustrian ini termasuk mendokumen pendaftaran yang bersumberkan rekabentuk perlu mempunyai kandungan yang lengkap yang rneliputi pertamanya, representasi atau spesimen rekabentuk yang jelas termasuk kenyataan kebaharuan.

Selain itu One Global IP juga akan memastikan ianya belum didedahkan kepada umum sebelum memajukan pendaftarannya. Selain itu, kami juga akan memastikan dokumen bersumber rekabentuk perindustrian benar-benar mempunvai butir-butir yang feasible sebelum memajukan untuk didaftar supaya tidak menanggung kerugian.

PEMOHON YANG LAYAK MEMOHON REKABENTUK PERINDUSTRIAN:

  • Pencipta asal rekabentuk perindustrian.
  • Permohonan boleh dibuat samada orang perseorangan ataupun oleh sebuah syarikat.
  • Sekiranya pemohon bukan pencipta, pernyataaan yang mewajarkan hak pemohon keatas pendaftaran (statement justifying applicant’s right) perlu dikemukakan semasa pemfailan permohonan.

REKABENTUK PERINDUSTRIAN YANG BOLEH DIDAFTARKAN

  • Memenuhi tafsiran reka bentuk perindustrian.
  • Baru di Malaysia atau di tempat lain.
  • Tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral.

REKABENTUK PERINDUSTRIAN YANG TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN

  • Kaedah atau prinsip pembinaan.aru di Malaysia atau di tempat lain.
  • Ciri yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain.
  • Perbezaan daripada segi butir-butir tidak material (tidak penting) atau ciri-ciri biasa yang digunakan dalam suatu perdagangan.
  • Ciri yang ditentukan semata-mata oleh fungsi.

Maklumat Tentang cara untuk mendaftar

Pendaftaran paten terdapat beberapa peringkat sebelum ianya mendapat kelulusan dan sijil pendaftaran. Pereka paten perlu memahami kemahiran teknikal dan prosedur bagi mendaftarkan paten kerana ini melibatkan beberapa langkah teknikal, seperti:

Carian Paten

Penderafan spesifikasi paten

Membuat permohonan paten

Membuat permohonan pemeriksaan substantif

Oleh itu bagi mengelakkan sesuatu permohonan paten ditolak atas sebab teknikal dan prosedur, adalah digalakkan menggunakan khidmat ejen atau perunding paten bagi menguruskan hal ehwal pendaftaran paten dan One Global IP merupakan salah seorang ejen yang dilantik akan membantu pereka-pereka paten di dalam pendaftaran ini.

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..