Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

HAKCIPTA

Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik hakcipta bagi tempoh tertentu. Hakcipta di Malaysia dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik hakcipta bagi tempoh tertentu. Hakcipta di Malaysia dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta.

Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:

Syarat Hakcipta 1

Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli.

Syarat Hakcipta 3

Penciptanya adalah orang yang berkelayakan.

Syarat Hakcipta 2

Karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan.

Syarat Hakcipta 4

Karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

Pemberitahuan Sukarela Hakcipta

Pada 1 Jun 2012, Malaysia telah memperkenalkan memperkenalkan satu mekanisma bagi membolehkan hakcipta pemilik didaftarkan iaitu melalui Pemberitahuan Sukarela Hakcipta. Pemilik hak cipta boleh menggunakan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta sebagai suatu keterangan prima facie dalam membuktikan keempunyaan karya berhakcipta masing-masing. Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta juga adalah penambahbaikan kepada sistem perlindungan hak cipta sedia ada di Malaysia di mana pemberitahuan karya hak cipta disimpan di dalam Daftar Hak Cipta di MyIPO.

Karya yang Layak Mendapat Perlindungan Hakcipta

Karya sastera

Karya muzik

Karya seni

Filem

Rakaman bunyi

Siaran & karya terbitan

Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu, peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati.

HAK PEMILIK HAK CIPTA

Pencipta, pemilik hak cipta dan pelaku diberikan hak eksklusif dan dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987. Sebarang proses di dalam menghasilkan hakcipta, kerjasama atau bantuan daripada pekerja yang dilantik tidak mempunyai hak ke atas hakcipta tersebut kerana pemilik berhak sepenuhnya ke atas hakcipta.

PERBEZAAN HAKCIPTA DAN CAP DAGANGAN

Hakcipta melindungi berbagai-bagai karya kreatif, intelektual, atau berseni. Ini termasuk puisi, tesis, drama, buku, filem, karya koreografi, gubahan muzik, rakaman audio, lukisan, arca, gambar, foto, perisian serta siaran radio dan televisyen. Cap Dagangan pula melindungi jenama atau logo barangan atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan yang lain.

PERLANGGARAN HAK CIPTA

Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku, adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Di antara perbuatan pelanggaran hakcipta termasuklah:
pengeluaran semula apa-apa karya berhakcipta dalam apa-apa bentuk bahan melalui tayangan, pertunjukan permainan atau pengedaran kepada orang awam,
pengimportan salinan langgaran karya-karya berhakcipta ke negara Malaysia untuk selain daripada kegunaan persendirian yang dibenarkan;
pembuatan salinan langgaran karya-karya berhakcipta untuk tujuan jualan atau sewaan kepada awam;
penjualan, penyewaan dan pengedaran apa-apa salinan langgaran karya-karya berhakcipta dengan cara perdagangan, mendedahkan dan menawarkan untuk jualan atau sewaan;
memiliki salinan langgaran untuk tujuan perdagangan selain daripada kegunaan persendirian yang dibenarkan;
membuat pameran salinan langgaran karya-karya berhakcipta untuk tujuan perdagangan kepada orang awam;

PERKHIDMATAN ONE GLOBAL IP

One Global IP adalah sebuah syarikat/agen yang berdaftar di bawah MyIPO bagi memberi khidmat nasihat berkaitan hakcipta termasuk pendaftaran Secara Sukarela Hakcipta, pemilikan Hakcipta dan perkara-perkara lain berkaitan hakcipta.

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..