Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Visi Misi dan Objektif Perniagaan Syarikat Petronas

Share Post:

Visi Misi dan Objektif Perniagaan

Artikel kami kali ini akan menerangkan tentang visi misi dan objektif perniagaan syarikat Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali dengan nama Petronas.

Syarikat Petrolium Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas ialah sebuah syarikat minyak dan gas Multinasional Malaysia. Petronas ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 dan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Syarikat ini telah mendapat hak sepenuhnya terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan dipertanggungjawabkan untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.

Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke -80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan petronas sebagai sebuah syarikat perbadanan yang ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.

Visi Misi dan Objektif Perniagaan Syarikat Petronas

Pada  1  Oktober  1974,  dengan  termaktubnya  Akta  Kemajuan  Petroleum,  Petronas  telah diberi  hak,  kuasa,  kebebasan  dan keistimewaan  di  dalam  mengendali  dan memajukan  sumber petroleum  di  Malaysia. Individu  yang  bertanggungjawab mengasaskan Petronas  ialah  Tan  Sri Tengku  Razaleigh Hamzah  yang  ketika  itu  terpengaruh  dengan kejayaan  syarikat  minyak milik Indonesia iatu Partamina,

Visi Misi dan Objektif Perniagaan Petronas adalah untuk  menjadi pembekal  minyak  yang  terkemuka  di  seluruh Negara bukan  sahaja terkemuka di dalam Negara Malaysia, malahan di peringkat Antarabangsa

Manakala misi syarikat pulak adalah untuk  menjadi  pembekal  minyak  yang  bersih,  paling  selamat, dan  kos yang  efektif  bagi seluruh  masyarakat.  Petronas  juga  adalah  sebuah  entiti  perniagaan. Tanggungjawab  utama  kami adalah  untuk membangunkan  dan  menambahkan  nilai  kepada  sumber  kepada  Negara  ini.

Misi syarikat  ini  juga  ingin  menjadi  daya penggerak  kepada  pembangunan  Negara  iaitu  dari  segi ekonomi. Visi misi dan objektif perniagaan Syarikat  ini  adalah untuk  menjadi  sebuah  perniagaan  yang  dapat memberi  keuntungan  dan pendapatan  kepada  Negara. Selain  itu,  syarikat  ini  juga ingin  menjadi  sebuah  syarikat  yang menyediakan perkhidmatan, jualan yang paling terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.

Visi misi dan objektif Perniagaan Petronas  adalah  lebih  kepada menyumbang kesejahteraan  rakyat  dan negara. Objektif  syarikat  ini  sentiasa produktif, efektif dan inovatif didalam  melakukan  kerja-kerja  yang dipertanggungjawabkan oleh pelanggan-pelanggannya. Syarikat Petronas juga adalah sebuah syarikat yang menawarkan kualiti kerja  yang memberangsangkan bagi mengikut kehendak pelanggan-pelanggan.

Disamping itu, syarikat ini juga menambahkan lagi pengalaman kerja yang lebih luas dalam  bidang  kerja  mengikut  peredaran  zaman teknologi maklumat  ini. Syarikat ini juga mengamalkan cara kerja berpasukan atau “team work‟ agar dapat mewujudkan persefahaman dan keharmonian bagi meningkatkan prestasi kerja yang lebih sempurna dikalangan pekerja di masa hadapan. Malah, syarikat ini juga sentiasa memastikan tahap profesionalisme, daya saing yang sihat serta kecekapan yang tinggi bagi menyahut cabaran kearah wawasan 2020.

Logo Petronas asal telah dibangunkan pada tahun 1974 apabila Petronas mula ditubuhkan. Struktur asas terdiri daripada ciri titisan minyak dan simbol “P” yang memberikan perniagaan terasnya dalam minyak dan gas, dan dinamisme syarikat itu. Di tengah-tengah penurunan minyak adalah bulatan yang kukuh yang melambangkan kitaran lengkap atau rantaian nilai industri minyak dan gas. Sementara itu, zamrud hijau kelaziman Petronas mewakili laut dan tanah di mana minyak dan gas berasal.

Keluk logo segar yang lembut telah ditambah kepada penurunan minyak yang menggambarkan aliran berterusan yang melambangkan pemacuan Petronas bagi kemajuan dan semangat mencabar dalam memenuhi permintaan tenaga dan jangkaan pihak-pihak berkepentingan. Nama Petronas telah disusun semula di bawah penurunan minyak dan fon yang telah diasah.

Pada tahun 2013, Petronas telah memperkenalkan versi segar logo korporatnya[41] pada Persidangan Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC 2013). Pembaharuan “Lihat dan rasa” telah digabungkan kepada logo titisan minyak Petronas untuk mencerminkan ungkapan visual Kedudukan Kumpulan Petronas, reimagining energy™.

Logo segar adalah sebahagian daripada latihan di seluruh kumpulan untuk mengukuhkan lagi potensi visual ikon korporat Petronas dengan menjadikan ia lebih kontemporari sambil membina ekuiti sedia ada dan legasi jenama Petronas.

Petronas telahpun mendaftarkan jenama mereka di Myipo lebih daripada 110 trademark dimana setiap trademark didaftarkan di bawah 45 klasifikasi dan ini menyebabkan tiada pihak ketiga yang boleh mendaftar jenama yang sama atau seakan-akan sama dengan mereka. Lagipun jenama Petronas telahpun dikategorikan sebagai jenama yang telah terkenal.

Stay Connected

More Updates

Nama Perniagaan yang Sesuai Untuk Bisnes Online

Bisnes online adalah sangat penting dan pemilihan nama yang sesuai untuk perniagaan online oleh sesebuah syarikat merupakan satu perkara yang agak rumit dan kadangkala mengambil

Penggunaan Tanda TM dan R

Penggunaan Tanda TM dan Penggunaan Tanda R

Seringkali anda akan tertannya-tanya dan keliru apabila anda melihat penggunaan tanda TM dan penggunaan tanda R pada logo setiap barangan ataupun perkhidmatan. Ini adalah kerana

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..