Call +6012 224 2728

Monday-Friday: 8:00-16:00

One Global IP Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Pegawai Trademark Myipo kini Konsultan Trademark

Share Post:

Wan Rusmawati Wan Mohamed berkelulusan daripada Universiti Putra Malaysia(UPM) dalam bidang Bachelor Bahasa dan Linguistik Melayu dan pakar dalam bidang Harta Intelek sejak tahun 2004. Sebelum ini beliau bekerja di MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) sebagai pegawai pemeriksa trademark.

Beliau terlibat dalam bidang ini dan telah menghadapi pelbagai situasi dengan kes-kes yang berkaitan Harta Intelek.

Harta Intelek adalah harta yang diilhamkan oleh fikiran individu itu sendiri. Ia terdiri daripada hakcipta, paten, trademark, rekabentuk perindustrian, petunjuk geografi dan susun atur litar bersepadu.

Beliau amat berbangga kerana dapat membantu pelbagai industri terutamanya IKS yang banyak memerlukan bantuan dalam mewujudkan logo dan juga melindungi logo mereka.

Beliau banyak mendapat undangan daripada GLC, syarikat persendirian dan juga persatuan-persatuan untuk berkongsi tentang kepentingan harta intelek kepada usahawan.

Beliau juga benyak mengadakan taklimat-taklimat secara percuma dan juga berbayar demi untuk member kesedaran kepada usahawan betapa pentingnya melindungi harta intelek mereka.

Beliau juga aktif dengan aktiviti networking dengan melibatkan diri dengan komuniti BNI (Business Network International) yang mana ahlinya terdiri daripada pemilik perniagaan. Bukan itu sahaja, banyak lagi komuniti networking yang beliau terlibat semata-mata untuk menyedarkan pemilik-pemilik perniagaan untuk melindungi hak mereka daripada digunakan oleh orang suka mengambil kesempatan.

Stay Connected

More Updates

akta hak cipta 1987

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia

Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya

Bentuk Cap Dagangan

Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia

Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran

APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP

Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan..