Kepentingan Trademark Kepada Bisness

Kepentingan Trademark Kepada Bisness

 

 

Kuasa membeli adalah kepada pelanggan. Pelanggan membuat keputusan untuk membeli adalah berdasarkan brand dan juga kualiti yang diberikan oleh sesuatu brand. Contohnya LV adalah jenama bag yang tak asing lagi bagi wanita. Jenama ini amat mahal setanding kualitinya.

Nampak tak kepentingannya? So cuba kita lihat apa kepentingan trademark kepada bisnes kita.

 

1.Alat penghubung antara peniaga dengan pelanggan

 

Peniaga yang nak menjual produknya perlulah ada nama atau logo kerana jika tiada nama, agak sukar pelanggan nak mengenalpasti peniaga tersebut tak kisahlah peniaga itu berniaga secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Contoh mudah bagi peniaga jalanan. Sekiranya makanan yang diniagakan dan sedap dimakan, pelanggan akan ingat makanan kita sampai bila-bila tapi apabila pelanggan tad nak ceritakan kepada kawan-kawan susah sebab kedai kita xde nama.

 

 

 

2.Memudahkan pelanggan membuat pilihan

 

sekiranya peniaga ada nama atau logo pastinya senang untuk pelanggan membuat pilihan kepada sesuatu produk. Pelanggan ni selalunya sekali dicuba produk kita sedap pastinya akan diulang-ulang membeli produk kita. Contohla kita jual kicap. Kalau kita tengok kat rak supermarket atau kedai-kedai runcit, berapa banyak kicap yang berlainan jenama dipasarkan. Untuk itulah pentingnya nama dan logo dalam bisnes kita.

 

 

 

3. Aset Syarikat

 

Trademark adalah aset kepada syarikat kerana ia ada value ataupun nilai dimana ia boleh dijual, disewakan dan dipindahmilik dengan harga yang tertentu.

 

 

 

4. Mudahkan untuk satukan team kita

 

Trademark yang telah didaftarkan dan dilindungi akan mudah menarik minat prospek dan juga agen untuk sesuatu produk. Selalunya perniagaan yang ada agen adalah produk-produk MLM . Banyak produk MLM yang telah pun berkembang dan sustain. Antaranya adalah Melaleuca, Avon, Young Living dan banyak lagi.

 

 

5. Memudahkan carian online

 

Pada masa kini carian di google, facebook dan instagram dan juga mall secara online makin berkembang dengan teknologi yang pantas. Agak ketinggalan lah kalau kita masih tidak menggunakan online untuk berbisnes. Pelanggan sekarang ini suka menggunakan media online untuk kesenangan mereka dan memudahkan mereka untuk mendapatkan barang dan servis yang mereka perlukan. Berdasarkan statistik tahun 2018, pengguna online di Malaysia adalah seramai 28.7 million.

 

 

No Comments

Post a Comment

Comment
Name
Email
Website