BOTOL AIR COCA-COLA DIINOVASIKAN DENGAN KAMERA SELFIE

BOTOL AIR COCA-COLA DIINOVASIKAN DENGAN KAMERA SELFIE

Aktiviti berselfie memang digemari oleh masyarakat sekarang.  Coca-Cola membuat setiap saat istimewa. Kini Coca Cola menghasilkan inovasi terkini dengan terciptanya Coca Cola Selfie Bottle, sebuah kamera selfie untuk botol air.

 

Kamera selfie ini dipasang pada bahagian bawah botol Coca Cola. Apabila ia mengesan botol berputar 70 darjah, gambar akan diambil secara automatik sekaligus menghasilkan selfie Coca Cola.

 

Kamera ini dihasilkan sempena kempen Summer of Love untuk Coca Cola Israel. Gambar yang diambil akan kemudian dimuat naik ke akaun Snapchat dan Facebook rasmi mereka.

 

Ia mendapat sambutan hangat dan Coca Cola bercadang menggunakan kamera selfie ini untuk mempromosikan jenama mereka di pasaran lain.

 

#oneip #protectyourright

No Comments

Post a Comment

Comment
Name
Email
Website