Tanda TM merujuk kepada Trade Mark dimana penggunaannya tidak tertakluk kepada mana-mana akta. Ia boleh digunakan oleh sesiapa saja walaupun belum mendaftar dengan MyIPO. Penggunaan simbol ini hanya memberi hint kepada masyarakat yang logo mereka telah didaftarkan walhal sekiranya ada pihak ketiga menggunakan logo mereka, tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil.
Manakala R adalah singkatan kepada Registered dimana pemilik logo tersebut telahpun mendapat sijil yang sah daripada Myipo. Penggunaan logo ini tidak boleh sebarangan kerana teraktub dalam Akta Cap Dagangan dimana didapati ada yang menyalahgunakan logo ini boleh di denda sebanyak RM 500 dan dua bulan penjara.

Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia
Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya